Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Kata Berita Duka...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menyambut baik pengumuman Tun Dr....

Kini Kembung Di Kuala...

KUALA KEDAH – Kini harga kembung di Kuala Kedah dijual pada harga RM4...

Program Penguasaan Bahasa Inggeris...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan sentiasa mengkaji keperluan menambah baik program peningkatan penguasaan Bahasa...

Remaja Guna IG Didik...

SEORANG remaja dari Eropah mendapat idea kreatif dengan memanfaatkan akaun laman sosial Instagramnya...

Jatuh Tangga, Terpaksa Ambil SPM Di Hospital

KUALA TERENGGANU – Akibat terjatuh hingga mengalami kecederaan pada tulang belakang, Juliana Muhamed Awi, 17, terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi.

Ibunya, Salbiah Ismail, 57, berkata Juliana yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim terjatuh di rumahnya petang semalam ketika hendak masuk ke dalam rumah akibat memijak tangga kayu yang reput.

“Syukur ketika itu saya ada di rumah dan sempat mengangkat Juliana bangun. Apabila saya tengok dia tidak dapat menggerakkan badannya saya terus membawanya ke Hospital Setiu dan kemudiannya dirujuk ke HSNZ tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSNZ, Kuala Terengganu di sini hari ini.

Menurut Salbiah, Juliana tinggal bersama neneknya Minah Idris, 80, di Kampung Buluh, Setiu dan beliau pula tinggal di Kajang, Selangor namun pulang ke kampung bagi memberi sokongan kepada anak tunggalnya itu.

Juliana terpaksa menjawab soalan dalam keadaan berbaring ​​​​​​​akibat daripada kecederaan yang dialami dan akan menjalani pemeriksaan X-Ray selepas tamat menjawab peperiksaan Bahasa Melayu kertas II, petang ini.

Selain Juliana tiga lagi pelajar tingkatan lima terpaksa menjawab soalan SPM di hospital yang sama iaitu Nur Alia Syafiqah Ali, Wan Nur Anisa Wan Zaid dan Muhammad Izat Zainuddin.


Wan Nur Anisa Wan Zaid dari SMK Merchang, Marang pula berkata beliau tidak menyangka terpaksa menghadapi hari pertama peperiksaan SPM di hospital.

“Dua hari lalu saya kena tahan di wad kerana sakit perut yang melampau dan doktor mengesahkan bahawa saya mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan perlu mendapatkan rawatan.

“Saya harap dapat keluar hospital dalam masa terdekat agar dapat meneruskan peperiksaan bersama rakan-rakan lain di sekolah,” katanya yang bertekad menjawab sebaik mungkin demi masa depan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

Kategori