Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Shukry Disingkir Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,449 orang daripada...

3,936 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,936 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,622,981.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Bomba Periksa 50% Sekolah...

BUKIT MERTAJAM - Hampir 50 peratus daripada 349 bangunan sekolah agama termasuk pondok...

Jasa Yap Ah Loy Bangunkan Kuala Lumpur Harus Dikenang

PETALING JAYA – Jasa kapitan Cina Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur daripada kawasan penempatan perlombongan bijij timah selepas perang saudara Selangor atau lebih di kenali sebagai Perang Klang pada awal 1870an tidak harus dilupakan dari lipatan sejarah.

Cicit kapitan Cina itu, James Yap Mook San, 80, berkata kecekalan moyangnya itu sebagai arkitek Kuala Lumpur harus sentiasa berada dalam sanubari warga kota terutama generasi muda.

“Selepas perang saudara, Kuala Lumpur umpama “padang jarak padang terkukur”, lombong bijih musnah. Ramai yang berputus asa dan meninggalkannya, namun moyang saya tetap bertahan dan berusaha membangunkan semula kawasan penempatan itu.

“Beliau (kapitan Yap) meminta orang ramai menanam padi dan tanaman lain… beliau berhutang untuk membangunkan kawasan itu dan hampir muflis ekoran kemerosotan harga bijih timah, namun beliau tidak pernah perputus asa,” kata James kepada Bernama baru-baru ini.

James berkata sungguhpun dilanda musibah pada 1881 apabila sebahagian besar kawasan penempatan itu hangus dijilat api, dan banjir besar yang menghanyutkan rumah penduduk pada akhir tahun yang sama, ini sama sekali tidak mematahkan semangat moyannya itu untuk terus membangunkan Kuala Lumpur.

“Persoalannya adakah Kuala Lumpur akan wujud seperti adanya sekarang tanpa usaha gigih Yap Ah Loy serta pengikutnya untuk tetap bertahan dan membangunkan Kuala Lumpur,”? tanya beliau.

Ekoran pembangunan Kuala Lumpur, Residen British memindahkan pejabatnya dari Klang dan ini membuka jalan ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota Malaysia.

Sementara itu anak James, Glenn Yap bersependapat dengan bapanya bahawa Yap Ah Loy meletakkan batu asas kepada Kuala Lumpur sehingga muncul seperti apa yang kelihatan sekarang.

“Beliau melakukan banyak perkara ketika memimpin. Beliau menubuhkan kilang membuat batu bata di Brickfields yang merupakan asal usul nama tempat itu. Beliau membina sekolah Cina yang pertama, tokong, rumah kebajikan bagi mereka yang sakit serta infrastruktur asas,” katanya.


J.M Gullick dalam bukunya The Story of Kuala Lumpur (1857-1993) menyifatkan Yap Ah Loy sebagai tuan di Kuala Lumpur sehingga 1879, sebelum campur tangan British yang mengambil alih Kuala.

Abddur-Razzaq Lubis dalam bukunya “Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur” tidak menafikan bahawa Yap Ah Loy memainkan peranan yang besar dalam membangunkan semula Kuala Lumpur selepas Perang Klang sehingga 1889.

James berpendapat sumbangan moyangnya itu seharusnya dilestari dan diingati sepanjang masa di tempat-tempat seperti Medan Pasar, Pasar Seni dan tokong Sin Sze Si Ya.

Beliau berharap Medan Pasar dapat dinamakan sebagai Medan Yap Ah Loy kerana di situlah kediamannya dibina dan tempat beliau memulakan perniagaan.

Yap Ah Loy meninggal dunia pada 15 April, 1884, ketika berusia 47 tahun. – BERNAMA

Kategori