Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar Izzah Dan Jacel...

RASANYA pasti ramai masih lagi segar dalam ingatan bagaimana tindakan ekstrem Sultan Sulu,...

Kes Wild Boars Angkat...

OPERASI menyelamat sekumpulan 12 kanak-kanak pemain bola sepak dan jurulatih mereka di Thailand...

Program B’Frenz Sasar Produk...

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di...

‘Man Solo’ Ditahan, 45...

PUTRAJAYA - Kegiatan seorang individu yang digelar 'Man Solo' yang aktif memecah rumah...

JASA Perjelas Isu Semasa Dengan Fakta

MIRI – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan menggunakan pendekatan penerangan yang berdasarkan fakta kukuh bagi menjawab pelbagai isu semasa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

JASA Miri berkata antara isu yang akan diberi perhatian dalam menghadapi PRU14 ialah isu kos hidup di kawasan luar bandar seperti di Baram, supaya masyarakat setempat memahami perkara sebenar.

“Isu-isu berkaitan politik setempat, nasional turut mendapat perhatian masyarakat akar umbi di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu adalah sempena program ’Penglibatan Bersama Masyarakat’ semalam bersama 70 ketua komuniti tempatan di Sibuti, Baram dan Baram bertujuan untuk membincangkan isu politik semasa dan mengukuhkan sokongan pengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Turut hadir Timbalan Pengarah JASA Sarawak Anwar Hanafi Ardimansyah. – BERNAMA

Kategori