Jari Berlubang Akibat Digigit Labah-Labah

WALLSEND – Jari tangan seorang lelaki berlubang selepas digigit seekor labah-labah jenis false widow ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di sini baru-baru ini.

Gary Armstrong, 37, mula bimbang akan kehilangan jari tersebut selepas bisa labah-labah itu menyebabkan seluruh tangan kanannya membengkak dan sangat sakit, manakala kawasan gigitan berlubang.

Doktor yang merawat Armstrong pada mulanya tidak percaya dia digigit labah-labah false widow kerana spesies itu jarang ditemui di Britain disebabkan cuaca sejuk.

Kes itu menarik perhatian ramai kakitangan perubatan yang tidak pernah melihat kesan gigitan spesies tersebut. Labah-labah false widow atau nama saintifiknya, Steatoda nobilis mendapat nama itu kerana menyerupai labah-labah black widow.

Bisa kedua-dua spesies labah-labah itu kebiasaannya tidak mengancam nyawa mangsa tetapi mampu memberi impak teruk kerana kesan secara langsungnya kepada sistem saraf manusia. – Agensi

Loading...