Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bintang Filem Mukhsin Throwback...

MESTI ada yang masih ingat cerita filem Mukhsin yang pernah popular pada tahun...

Kerajaan Bersedia Tambah Prasarana...

KOTA BAHARU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia menaik taraf prasarana...

NGO Hantar Memorandum Sokong...

PUTRAJAYA - Seramai 30 aktivis yang mewakili 211 badan bukan kerajaan (NGO) hari...

Seorang Penumpang Bas Parah...

SEREMBAN - Seorang penumpang cedera parah manakala 31 lagi selamat apabila bas yang...

Jantung Anak Lana Nodin Terhenti 10 Minit

KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nodin berdepan detik cemas apabila jantung anak keduanya, William Daud McKienzie yang berusia dua bulan terhenti selama 10 minit semalam.

Menurut Lana, jantung William terhenti selepas dimasukkan ubat bius sebagai persiapan untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

“Jantung Billy (panggilan untuk William) terhenti selama 10 minit selepas dimasukkan ubat bius.

“Tempoh 10 minit agak lama. Doktor melakukan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tiada respons. Selepas dilakukan renjatan elektrik sebanyak dua kali barulah jantung dia berdenyut kembali.

“Sekarang dia berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pantauan,” kongsi Lana menerusi Insta Story.

Disebabkan masalah tersebut, pembedahan yang dijadual semalam terpaksa ditangguhkan ke hari lain.


Terdahulu, Lana memberitahu anak lelakinya itu menderita masalah injap jantung (aortic stenosis).

Pembedahan tersebut terpaksa dilakukan segera untuk menggelak anaknya mengalami masalah jantung bengkak ketika meningkat dewasa.

Lana mendirikan rumah tangga bersama David McKienzie pada Mac 2015. Selain William, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Kategori