Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berpisah Sebab Lewis Hamilton...

SELEPAS tujuh tahun berada dalam hubungan cinta 'on and off' akhirnya pasangan kekasih Lewis Hamilton dan...

TH Nasihat Jemaah Ikut...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati semua jemaah haji Malaysia agar mematuhi...

Jangan Kacau Rumah Tangga...

BARU-baru ini industri hiburan dikejutkan dengan kontroversi panas yang membabitkan aktor popular, Fizz Fairuz...

Kerajaan PH Sedia Tangguh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini menjelaskan proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai...

Janna Nick Elak Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak

PERKAHWINAN melibatkan selebriti dan pemain bola sepak bukanlah satu perkara baharu.

Antara selebriti yang bergelar isteri kepada bintang bola sepak ialah pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain JDT, Zaquan Adha Abd Radzak dan pelakon Mia Ahmad yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi pada Januari lalu.

Susulan kerajinannya mengikuti setiap perlawanan pasukan Kedah, pelakon Janna Nick turut tidak terlepas diajukan soalan adakah dia bersedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak sekiranya mempunyai jodoh daripada kalangan lelaki yang bekerja dalam bidang tersebut, dan ini jawapan Janna:

“Saya cuba elakkan, lagi pun saya tidak tahu bagaimana sikap pemain bola, bukan apa saya tak nak suami saya sakit, penat dan sebagainya,” katanya dipetik portal Rotikaya.

Menurut aktres cantik itu lagi, setakat ini tidak ada mana-mana pemain bola sepak yang mendekati dirinya malah setiap kali selesai perlawanan bola sepak, Janna akan terus pulang ke rumah.


“Tak ada pula orang yang cuba, lagipun saya terus balik, tak ada nak ‘hai-hai’. Memang betul-betul ikhlas nak tengok bola,” ujarnya lagi.

Janna, 22, diketahui peminat merupakan penyokong setia pasukan negeri kelahirannya, Kedah.

Janna juga sering kali dilihat hadir ke stadium bagi memberikan sokongan terhadap skuad ‘Pulun Kedah Pulun’ itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori