Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saman Ibu Jamaluddin Terhadap...

KUALA LUMPUR - Kes saman antara ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis,...

Macam Kembar Pula Nora...

Kehangat cinta antara Nora Danish dan Nedim rasanya semua sedia maklum, begitu juga...

Pemuda PAS Kelantan Salahkan...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa...

Lelaki Ditemui Maut Ditikam...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemui maut ditikam di kediamannya di...

Janji Manifesto: Rakyat Tak Bodoh, PH Diperhatikan

GOMBAK – Rakyat tidak akan lupakan janji-janji Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya yang lalu, sebaliknya akan menilai sejauh mana parti itu bersungguh-sungguh menunaikannya.

Rakyat kini, kata Koordinator Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP), Datuk Ti Lian Ker semakin celik dan tidak mudah untuk diperbodohkan.

Mereka kini lebih menganggap manifesto yang disuarakan sebelum ini penting, apatah lagi ia berkaitan dengan kos sara hidup.

Namun kini apa yang dilihat, tambah Lian Ker, adalah kerajaan PH sering membuat pusingan U dalam janji-janji terdahulu.

“Jangan ingat rakyat bodoh. Mereka sekarang memerhati dan menilai.

“Contoh Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kamera AES, semua ni tidak terlaksana walaupun sebelum ini diperjuangkan parti itu,” katanya sebagai panel pada seminar Sempena Setahun PRU-14: Analisis dan Perspektif.

Alasan menyalahkan Barisan Nasional (BN) sebagai punca kegagalan untuk menunaikan janji, menurutnya, tidak lagi boleh digunapakai.

“Janganlah gunakan alasan salah BN dulu, itu ini,” ujarnya lagi.


Mengulas lanjut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr. Zuhdi Marzuki berkata, rakyat membuat keputusan pada PRU-14 berdasarkan apa yang dijanjikan meskipun kebanyakan populis namun ia perlu dilaksanakan kerana telah disuarakan.

Justeru sudah tentu atas faktor itu juga mereka memberikan kemenangan kepada PH, tambah beliau.

“Kajian PAS di Terengganu sahaja mendapati kebanyakan membuat keputusan mempertimbangkan manifesto. Mereka (pengundi) ini pun dari kalangan profesional dan banyak lagi.

“Yang buat sepatutnya kena pertimbangkan kemampuan mereka dan polisi,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Kategori