Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Balai Bomba Kota Bharu...

KOTA BHARU - Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu di sini meminta syarikat...

Ammar Kembali Dalam Segmen...

SETELAH lima bulan suaranya 'menghilang' dari frekuensi Hot FM, semalam bagaikan permulaan buku...

Rumah Putih Minta Pentagon...

WASHINGTON - Rumah Putih menuntut tentera Amerika Syarikat (AS) menderaf pelan untuk menyerang...

Lelaki Warga India Maut...

KLANG - Seorang lelaki warga India maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah...

Janji Beli Baju Raya Kata-Kata Akhir Dari Ayah

KUANTAN – Janji ayahnya untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas merupakan kata-kata terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, kepada anak sulungnya Mikhail Adam Riaz, 11, sebelum terkorban dalam nahas pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Hawk 108 di Chukai, Terengganu ketika menjalani sesi latihan semalam.

Mikhail yang merupakan anak sulung daripada enam beradik ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berkata, beliau tidak menyangka solat berjemaah selepas bersahur awal pagi itu merupakan detik-detik akhir mereka sekeluarga bersama.

“Selepas sahur kami bersolat Subuh bersama-sama dan ayah menjadi imam seperti biasa setiap kali balik ke Kuantan. Itu kali terakhir saya berjumpa ayah sebelum menyambung tidur.

“Beliau tidak ada pesan atau apa-apa perangai pelik dan yang saya perasan cuma dia ada kata hendak membawa adik beradik membeli baju raya untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ayahnya itu melalui panggilan telefon kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis.

Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan terutama apabila mengenangkan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Milkhail tetap menanam cita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya sebagai juruterbang pesawat pejuang.


Sepanjang berada di perkarangan Unit Forensik HTAA, Mikhail beberapa kali tidak dapat menahan rasa sedih dan menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh perasaan dengan keadaan itu.

Keadaan itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dan turut mengalirkan air mata.

Selain Yazmi, rakannya Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31 dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu kira-kira 11.30 pagi semalam ketika sedang menjalani sesi latihan.

Jasad kedua-dua juruterbang berkenaan ditemui pada jarak 20 meter antara satu sama lain dalam keadaan lengkap berpayung terjun di kawasan hutan berpaya berhampiran Chukai, Kemaman kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM, Kuantan. – BERNAMA

Kategori