Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

India Sekat Eksport Gula

NEW DELHI: India melanjutkan sekatan eksport gula selama setahun sehingga Oktober 2023 dan...

Perkhidmatan Uber Kini Berada...

UBER agak popular di media massa sejak tahun lepas, dengan kosnya yang jimat,...

Justin Timberlake Tak Kisah...

PENYANYI popular, Justin Timberlake menyatakan kesediaannya untuk berduet dengan bekas kekasihnya, ratu pop,...

Jerebu: Tutup Taska Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengusaha Taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat-pusat jagaan diminta mendapatkan...

Jangkitan Harian COVID-19 Kekal Lebih 7,000 Kes

PUTRAJAYA – Jangkitan harian COVID-19 negara ini, kekal melebihi 7,000 kes untuk dua hari berturut-turut, apabila merekodkan 7,097 penularan baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 799,790 kes.

Katanya, Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,119 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,005 kes.

“Selain itu, turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 788 kes; Melaka (358); Sarawak (289); Pahang (258); Sabah (244); Johor (224); Kedah (198); Perak (187); Pulau Pinang (140) dan Kelantan (123).

“Tiga negeri lagi mencatatkan pertambahan kes dua digit iaitu Labuan dengan 93 kes baharu; Terengganu (43) dan Putrajaya (26) manakala Perlis mencatatkan dua kes baharu hari ini,” katanya dalam Facebook hari ini. – BH Online

Kategori