Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas MP Langkawi Meninggal...

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, dilaporkan meninggal dunia meninggal dunia kira-kira...

Rumah Keluarga Haziq Diceroboh...

KUALA LUMPUR - Keluarga individu yang mendakwa dirinya dalam video intim bersama seorang...

Siasatan Vertice: SPRM Tak...

KUALA LUMPUR – Vertice Bhd., yang sebelum ini dikenali sebagai Voir Holdings Bhd.,...

3 Kematian, 91 Pulih,...

TIGA kes kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan...

Jangan Tunggu PRU14 Untuk Banteras Rasuah

KUALA LUMPUR – SPRM dinasihatkan untuk bertindak segera dan tidak melengah-lengahkan usaha membanteras rasuah dalam pelbagai peringkat masyarakat.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, tindakan menyekat amalan rasuah sewajarnya tidak boleh dilengahkan.

“Saya dengan rendah hati menasihati SPRM untuk bertindak segera dan tidak melengah-lengahkan usaha membanteras rasuah.

“Melalui usaha ini, keyakinan rakyat terhadap SPRM akan kembali kukuh dan pentas demokrasi Malaysia akan lebih matang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzukilfi Ahmad yang menegaskan tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana tidak mahu dijadikan alat atau modal kempen oleh parti politik lain.

Malah menurut Dzulkifli, walaupun tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik berkenaan, ia tidak menghalang mereka daripada bertanding atau memegang jawatan politik.

Dalam pada itu, Salahuddin turut menyatakan sokongan terhadap saranan SPRM agar semua parti politik memastikan calon pilihan raya yang dipilih bebas rasuah dan salah guna kuasa.


“Saya menyokong saranan beliau agar semua parti politik memastikan setiap calon pilihan raya yang dipilih bersih daripada sebarang jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

“Amanah memberi komitmen untuk sedia bekerjasama dengan SPRM dalam memastikan perkara tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=h5aWQO3wL-c

 

 

Kategori