Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kabinet Bangkit Kebimbangan Mengenai...

KUALA LUMPUR - Kabinet dalam mesyuaratnya telah membangkitkan kebimbangan mengenai aduan Agong ketika...

PABM: Peserta Amerika, UK...

BANGI - Peserta Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia terpilih di...

Mangsa Banjir Minta Maaf,...

GAMBAR menunjukkan satu beg plastik berisi toiletries yang dipulangkan oleh seorang pencuri kepada sebuah kedai runcit...

Banjir Kilat Cetus Panik

GEORGETOWN - Pulau Pinang dilanda kesesakan lalu lintas luar biasa susulan banjir kilat...

Jangan Tertipu Hujah Agama Golongan Antivaksin

HUJAH agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.

Prof. Madya Dr. Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia berkata, ibu bapa yang termakan hujah kedua-dua golongan itu tidak lain hanya akan menyukarkan tugas kerajaan menangani kes penyakit kerintangan vaksin yang direkod meningkat saban tahun.

“Ramai ibu bapa tertipu dengan hujah antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan daripada bidang perubatan, mereka ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir (contohnya data berkaitan statistik dan inferen sesuatu penyelidikan) membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.

“Ini termasuklah hujah dipakai golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, dan tak dinafikan di situ wujud unsur-unsur perniagaan yang mengutamakan keuntungan disandarkan atas nama kesihatan. Jika kita tengok di sebuah negara jiran sebelum ini, wujud sindiket penjualan vaksin palsu, jadi kita perlu ambil iktibar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang berkata wujud kumpulan dan individu yang menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin terhadap orang ramai, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.

Tambah Dr. Malina, golongan antivaksin cenderung menggunakan hujah agama seperti isu penggunaan bahan tidak halal, sedangkan isu berkenaan telah lama diatasi menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa penglibatan haiwan yang haram di sisi syarak.


“Mereka cenderung mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal anggapan itu tanpa asas bukti penyelidikan yang kukuh.

“Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal melibatkan ribuan responden dari pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan terhadap perubatan bagi penganut beragama Islam perlulah menepati kaedah ditetapkan syarak antaranya mendahulukan kepentingan nyawa, yang penggunaan vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat. – BERNAMA

Kategori