Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Perak Rampas 6,613kg...

IPOH - Sebanyak 6,613 kilogram (kg) minyak masak yang diisi dalam 389 tong...

Stesen Minyak Tak Alukan...

Melalui sebuah gambar yang dikirimkan oleh pembaca Mynewshub, seorang pemilik stesen minyak di...

“Bollywood Bukan Pentas Saya,”...

NEW DELHI - Legenda tarian klasik India dari Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim berkata...

Mati Bunuh Diri Dilanggar...

Seorang lelaki dilaporkan mati bunuh diri dilanggar kereta api yang dipandu bekas teman...

Jangan Terpedaya… Keluarga Ini Ada Cara Licik Pukau!

SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi nampaknya kes pukau, memukau dan dipukau ni!

Kalau tidak peka dengan keadaan sekeliling pasti akan menjadi mangsa golongan ini. Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di kawasan yang tersorok, malah turut berlaku di tempat awam.

Baru-baru ini tular menerusi laman sosial memaparkan kes pukau yang berlaku di salah sebuah pusat beli belah.

Seorang pemilik Facebook, Asmaa Norasmaa MJ telah berkongsi beberapa gambar satu keluarga yang aktif dalam kes ini.

Menerusi perkongsian tersebut, taktik yang digunakan oleh keluarga berkenaan adalah melalui cara meraih simpati dengan bercerita tentang kekurangan wang yang konon dihadapi oleh mereka.

Tempat ‘panas’ yang menjadi tumpuan keluarga ini adalah pusat beli belah yang besar antaranya, Paradigm Mall dan One Utama di Selangor.

Perkongsian yang mendapat lebih 1,000 likes dan 9,000 shares itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata antara mereka mengakui pernah menjadi mangsa manusia durjana tersebut.


Hmmm… Oleh itu, orang ramai seboleh-bolehnya diminta agar lebih berwaspada dan bersikap peka terutama bagi kes-kes seperti ini.

Nasihat-menasihati itu kan amalan mulia, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC/Agensi/Amy Maizura

Kategori