Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Usah Bebankan Bakal Suami...

KANGAR - Ibu bapa atau waris kepada bakal pengantin perempuan seharusnya tidak membebankan...

Nak Ambik Gambar Tetek...

Muka budak dalam gambar di atas memang cantik.Cuma perangai ada sikit pelik la...Kalau...

Mahathir Melawat Kapal Layar...

PELABUHAN KLANG – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melawat kapal...

Liga Hoki Dunia: Malaysia...

SKUAD hoki negara mengalahkan China 3-2 di dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B peringkat...

‘Jangan Segan’ Didik Anak Jenayah Siber

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh hari ini menasihatkan ibu bapa supaya ‘jangan segan’ dalam memberi pendidikan berkaitan jenayah siber kepada anak masing-masing.

Beliau berkata cabaran mendidik anak semakin mencabar dengan perkembangan teknologi, yang turut membawa masuk anasir negatif seperti pornografi.

“Pornografi antara cabaran besar dihadapi masa kini. Ibu bapa tidak boleh lari atau bersikap seperti dahulu yang tidak mahu atau segan untuk mendidik anak dalam isu ini.

“Mereka perlu diberitahu perbuatan berkaitan pornografi adalah salah dan boleh membawa kesan lebih buruk,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 Peringkat Pahang di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang di sini.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu turut dihadiri anggota lembaga pengarahnya Normah Mohd Dali dan Pengarah LPPKN Pahang Nor Hafizah Md Nor.

Fuziah seterusnya merujuk kepada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 tahun 2014 yang mendapati 35.3 peratus remaja berusia antara 13 dan 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan 60.8 peratus memperolehnya daripada internet.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuantan seterusnya menasihatkan wanita untuk tidak melupakan ‘temu janji’ menjalani mamogram dan saringan papsmear kerana pemeriksaan awal membolehkan rawatan dilakukan segera.


Mengambil contoh dirinya, Fuziah mengakui pernah terlupa menjalani mamogram akibat terlalu sibuk bekerja sehingga ditegur oleh seorang adiknya yang juga seorang doktor sakit puan.

“Adik menyuruh saya melakukan mamogram pada hari itu juga…dan tak sangka ujian pada hari itu menemui ketulan sebesar kacang hijau pada diri saya. Tanpa berlengah, saya terus menjalani pemeriksaan lanjut dan rawatan.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa orang dalam tempoh itu, namun kebetulan ia berlaku semasa Kuantan dilanda banjir besar. Saya kuatkan diri melakukan tugas saya dan hanya berdoa supaya diberikan kesihatan yang baik.

“Alhamdulillah, itu kisah lima tahun lalu. Pemeriksaan itu yang membantu saya dan sejak itu, saya tahu jangan sesekali terlupa temu janji. Golongan suami juga perlu membantu mengingatkan, dan bawa isteri menjalani pemeriksaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori