Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

AirAsia Tingkatkan Sistem Pembayaran...

KUALA LUMPUR - AirAsia merombak sistem pembayaran 'one-click', bagi memudahkan lagi ahlinya menyimpan...

Doktor Terawal Beri Amaran...

SHANGHAI/BEIJING - Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai...

Buah Zakar Dibaham Buaya...

MIAMI - Seorang lelaki gelandangan hilang satu jari tangan, dua jari kaki dan...

Maszlee Menteri Pertama Bentang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi yang pertama membentangkan 'kad laporan'...

Jangan Salah Subjek Islam Punca Murid Melayu Lemah

KESAL… Tun Abdul Hamid Mohamad kecewa baca kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad konon sekolah kebangsaan di negara ini telah berubah jadi sekolah agama dan pelajarnya menjadi ulama.

Mengakui kurikulum memang perlu dikaji dari semasa ke semasa bertujuan tambah baik, bekas Ketua Hakim Negara itu berkata, sama ada sekolah kebangsaan telah berubah atau tidak, ia adalah soal pendapat semata-mata.

Katanya, semua pihak harus terima bahawa Perdana Menteri telah mengeluarkan ucapan itu ketika majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, pada Jumaat lalu, dan bertanggungjawab mengenainya.

Mahathir dilaporkan berkata bahawa kurikulum di sekolah perlu beri penekanan untuk kuasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan lebih berkualiti dan tidak beri tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama.

“Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain… dan keputusannya lepasan pelajar sekolah kebangsaan tidak berapa pandai mata pelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan.

“Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek yang akan bantu dalam mendapatkan kerja, tetapi mereka hanya mampu menjadi ulama,” kata Mahathir dalan nada sinis tetapi berbaur angkuh hina lepasan sekolah kebangsaan.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sepatutnya elak daripada membuat kenyataan akhbar, apatah lagi menjawab soalan secara spontan, kerana tidak dapat tidak kesilapan akan berlaku.

“Di Malaysia, daripada ingatan saya, amalan Perdana Menteri hanya menjawab soalan-soalan wartawan secara spontan itu telah dimulakan oleh beliau sendiri. Tetapi, pada zaman dahulu, beliau masih lagi usia muda.

“Yang gembira adalah pengarang-pengarang akhbar online dan pembaca-pembaca yang tentunya menunggu sesuatu berita tidak baik dikatakan mengenai kelemahan Islam. Mereka sudah jelas ada agenda tersembunyi sendiri.


“Apabila Mahathir buat kesilapan dan berkata sesuatu yang tidak baik terhadap Islam, mereka terus ‘melompat’ gembira dan menyahut ‘betul’ sambil ambil kesempatan untuk buat desakan bagi capai agenda tersirat mereka.

“Ini termasuk menuntut Kementerian Pendidikan agar dikurangkan lagi masa untuk pelajaran agama Islam dan diadakan semula sekolah aliran Inggeris, bersama-sama sekolah aliran Cina dan India terus kekal,” katanya.

Abdul Hamid turut meluahkan kehairanan mengapa kumpulan ini begitu gembira menyahut ucapan Perdana Menteri, sedangkan mereka tidak pula hantar anak mereka untuk belajar di bawah sistem sekolah kebangsaan.

“Jika belajar di sekolah kebangsaan pun, anak-anak mereka ini pula dikecualikan daripada kelas-kelas agama itu. Adakah semua itu disebabkan oleh perasaan kebencian mereka terhadap Islam yang cukup dalam?” soal beliau.

Abdul Hamid yang merupakan Tokoh Maal Hijrah 2015 amat disegani kerana tegar perjuang isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam waima teruk dibenci ramai pemimpin dan penyokong PH. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori