Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tahan 3 Lelaki,Rampas 78.7...

GEORGE TOWN - Polis percaya satu lagi satu lagi sindiket pengedaran dadah di...

Video Viral: Warga Emas...

SIAPA sangka seorang warga emas dalam lingkungan 60-an sanggup menipu dengan berlagak sebagai orang...

Gempa Sumatera: 80 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 pelajar Malaysia di Universiti Andalas di Padang, Indonesia,...

8 Maut Di Jempol:...

JEMPOL - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang meragut lapan nyawa di...

Jangan Salah Guna ‘Kebebasan’ PKPP

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memasuki hari kesembilan menyaksikan lebih banyak ‘kebebasan’ diberikan, namun alangkah malang sekiranya rakyat terus menyalah guna ‘kebebasan’ yang diberikan dengan melanggar peraturan dan undang-undang.

Undang-undang yang ditetapkan bukan sahaja membabitkan usaha untuk membendung pandemik COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan sejak 18 Mac lalu, malah juga bertujuan membanteras aktiviti jenayah serta kesalahan di jalan raya.

Sebagai contoh, di mana letaknya kebiasaan baharu dan kawalan kendiri jika hanya dalam lapan hari sahaja PKPP, sudah 80,950 saman dikeluarkan polis terhadap pengguna jalan raya?

Antara kebebasan `baharu’ yang dibenarkan ialah orang ramai boleh bergerak bebas merentas sempadan negeri sejak PKPP dikuat kuasa 10 Jun lalu, dan hari ini juga kedai makan tidak perlu lagi mengehadkan jumlah pelanggan di setiap meja makan di dalam premis mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam turut memberikan lampu hijau kepada ibu bapa membawa anak masing-masing ke pusat membeli-belah dan kedai makan, namun perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Di Sabah pula, panggung wayang serta perkhidmatan kecantikan dan kesihatan sudah dibenarkan kembali beroperasi semalam.

Di Melaka juga sama, kerajaan negeri bersetuju meluluskan 100 lokasi tapak baharu bagi pembukaan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam, dan bazaria dalam tempoh PKPP dilaksanakan bagi membolehkan peniaga kecil kembali memperoleh pendapatan selain menjana semula ekonomi negeri.


Di Kedah, hampir 90 peratus daripada sektor pelancongan negeri berkenaan termasuk di Langkawi, dibenarkan beroperasi semula.

Namun, segala kebebasan ini tidak bermaksud negara bebas daripada penularan COVID-19, malah di saat kita merasa ‘lega’ kini, angka penularan virus dalam kalangan warganegara menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit walaupun masih di angka satu digit.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sehingga 12 tengah hari semalam, terdapat tujuh kes baharu membabitkan warganegara, manakala hari sebelumnya masing-masing empat dan tiga kes.

Akhir kata, walaupun banyak ‘kebebasan’ diumumkan, rakyat perlu `hidup’ dengan amalan norma baharu dan kawalan kendiri serta setiap warganegara tidaklah bebas daripada SOP dan undang-undang.

Kategori