Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Geran Tanah Felda Begitu...

MUAR – Tiada apa yang lebih menggembirakan Zalehar Giman, 60, peneroka Felda Maokil...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus mencatatkan perkembangan positif dengan...

Apabila Media Sosial Jadikan...

FACEBOOK bulan lalu mengumumkan capaian 2 bilion pengguna. Satu angka gempar kerana ia...

Gerakan Kristian Evangelist Dalam...

MEMAHAMI perkembangan Kristian, mahzab Evangelis kini dilihat paling berpengaruh. Peranan aktifnya bukan sahaja...

Jangan Peduli ‘Gosip’ Mengenai Xinjiang – China

BEIJING – Dunia seharusnya tidak mengendahkan ‘gosip’ mengenai rantau Xinjiang dan mempercayai pihak berkuasa di sana, kata diplomat atasan kerajaan semalam apabila ditanya jika China akan membenarkan pemantau antarabangsa memeriksa kem tahanan penduduk Islamnya.

Negara Barat termasuk Kanada, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) menggesa China menutup kem di Xinjiang, di mana aktivis berkata, sehingga sejuta anggota minoriti Uighur dan Islam lain ditahan.

Rantau barat jauh Xinjiang berdepan ancaman daripada militan Islam dan pemisah, kata China pada masa lalu. Ia menolak kesemua tuduhan dan layanan buruk serta penahanan besar-besaran golongan terbabit.

Selepas penafian awal, pihak berkuasa China bagaimanapun berkata, sesetengah penduduk yang didapati bersalah atas kesalahan kecil dihantar ke pusat latihan ‘vokasional’ di mana mereka diajar kemahiran bekerja dan pengetahuan perundangan menyasar membendung militan.

Selepas bertemu rakan sejawatannya dari Jerman, Heiko Maas, Menteri Luar China, Wang Yi berkata, beliau berharap rakyat memahami dan menyokong usaha kerajaan serantau Xinjiang bagi memerangi keganasan, menamatkan penyebaran fahaman ekstremisme dan memastikan kestabilan sosial.

“Rakyat tidak seharusnya mendengar gosip atau khabar angin kerana kerajaan serantau Xinjiang, sudah pasti, memahami situasi sepenuhnya di Xinjiang dan bukan pihak lain atau pertubuhan.

“Usaha itu jelas sejajar dengan hala tuju masyarakat antarabangsa yang memerangi keganasan dan bahagian penting memerangi keganasan global,” kata Wang Yi menambah jika pencegahan dilakukan, mustahil keganasan dapat merebak dan berakar umbi.


Kenyataan Wang Yi diikuti ulasan Maas bahawa ada keperluan untuk lebih banyak maklumat berkaitan situasi di Xinjiang dan China perlu telus.

“Dalam mana-mana kes, kita tidak boleh menerima kem pendidikan semula. Kita memerlukan ketelusan bagi menentukan apa yang berlaku di sana,” kata Maas di sini.

Laporan berkaitan penahanan besar-besaran dan pengawasan ketat etnik Uighur dan Muslim lain menyebabkan AS menimbang sekatan ke atas pegawai dan syarikat disyaki melakukan pelanggaran hak asasi manusia.

Penyelidik berkata, perbelanjaan berkaitan pembinaan berhubung keselamatan di Xinjiang meningkat tiga kali ganda pada 2017 dan walaupun kempen ‘latihan vokasional,’ data kerajaan menunjukkan, kadar pengambilan pekerjaan tidak berubah. – Reuters/BH ONLINE

Kategori