Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara 9 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah di...

Banyak Restoran Indah Di...

KEBANYAKAN restoran di Kuala Lumpur kelihatan bersih dari luar tetapi di bahagian dalam,...

Pelajar Lepasan SPM Maut,...

AJAL maut sememangnya ketentuan Ilahi.Niat seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Mukhriz Nafi Kedah Perkenal...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menafikan ia bercadang memperkenalkan peraturan berpakaian bagi...

“Jangan Panggil Saya Rasis” – Mohamad Hasan

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jangan panggil dirinya ‘rasis’ kerana usahanya yang mahu menyatupadukan orang Melayu.

Mohamad berkata, orang Melayu beragama Islam mesti bersatu padu.

“Itu hak kami, kami berhak untuk bersatu padu. Jangan terlampau biadab.. Banyak yang sudah biadab,” katanya.

Mohamad mendakwa orang Melayu dan Islam sudah gelisah sejak 10 bulan lalu.

“Tidak pernah kita merasai keadaan sedemikian kerana kerajaan sudah bertukar, selain terdedah dengan asas kerajaan yang longgar,” katanya.

Menurutnya, pelbagai isu yang merunsingkan masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.


“Perkara ini yang perlu kita sedar, bukakan mata dan minda kita kerana jika kita leka dan masih lena serta terus dibuai dengan mimpi janji indah, kita akan terus tertekan,” katanya.

Mohamad hadir ke Ceramah Perdana Anjuran UMNO-PAS malam tadi di Bandar Seri Putra. Ceramah tersebut turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Sinar Harian

Kategori