Jangan Pandang Remeh Bayaran Sewa Premis Niaga

KUALA KANGSAR – Individu yang sewa premis perniagaan milik Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) diminta tidak pandang remeh tentang bayaran sewa bulanan bagi elak premis mereka disita.

Yang Dipertua MPKK, Datuk Shahrom Abd Malik berkata MPKK akan mengambil tindakan tegas dan menjalankan lebih banyak operasi sitaan ke atas mereka yang masih berdegil serta culas membuat bayaran sewaan premis dari semasa ke semasa.

Katanya dalam operasi yang dijalankan dari 2 hingga 4 pagi tadi, MPKK menyita 11 premis perniagaan di kawasan persisiran Sungai Perak di sini, kerana culas membayar sewa bulanan.

Beliau berkata operasi itu melibatkan keengganan peniaga membayar sewa bulanan yang tertunggak antara RM3,000 dan RM7,000 sejak 2015 sehingga bulan ini.

“Premis milik MPKK disewa dengan kadar antara RM700 dan RM750 sebulan mengikut keluasan saiz premis,” katanya. – BERNAMA

Loading...