Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Ekspresi Negaraku Digerakkan Di...

PUTRAJAYA - Program Ekspresi Negaraku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari...

Hujan Tangguh Emas Ke-4...

INCHEON - Malaysia terpaksa menunggu sehari lagi untuk mengesahkan pingat emas dalam acara...

KAFA Bayar Tunggakan Gaji...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melunaskan kesemua tunggakan...

Dua Ditahan Menyamar Ketua...

Kangar : Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman empat hari sehingga 5...

Jangan Lantik Menteri Bangang Ganti Maszlee

KUALA LUMPUR – Pelakon Nam Ron bimbang jika seorang pemimpin yang gemar mengikut telunjuk atau pak turut akan mengisi jawatan Menteri Pendidikan susulan keputusan Dr. Maszlee Malik melepaskan jawatannya baru-baru ini.

Pengarah yang membahasakan dirinya sebagai Tok Ayah (TA) berkata, melalui pemerhatiannya, landskap politik tanah air kini diwarnai generasi yang boleh disifatkannya seperti ‘lembu dicucuk hidung’.

“Dulu masa TA sekolah, TA benci betul menteri pelajaran waktu itu yang bernama Anwar Ibrahim. Dialah yang beria-ia mahu kaedah merotan murid di depan khalayak dilaksanakan.

“Baginya, itu adalah kaedah pembelajaran terbaik. Melayan murid seperti lembu. Hingga melahirkan satu generasi yang telah dirosakkan jiwa mereka. Parut dirotan mungkin hilang tapi kesan psikologi anak-anak akan kekal.

“Generasi ditarik hidung inilah yang mewarnai landscape sosial dan politik rakyat Malaysia hari ini.

“Apa yang TA takuti jawatan ini akan diisi oleh menteri bangang seperti ini lagi. Maka habislah anak-anak kita kena cucuk hidung seperti kita. Jadi pak turut,” tulis di laman Facebook miliknya.


Sebagai tanda protes terhadap peletakan jawatan Maszle, Nam Ron mendakwa, dia dengan sendirinya mengisytiharkan cuti sekolah buat anak-anaknya pada Jumaat lalu.

Khamis lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas di Putrajaya berkuatkuasa keesokan harinya.

Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu sering menjadi sasaran kritikan antaranya keputusan pemakaian kasut hitam di sekolah dan isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular. – MalaysiaGazette

Kategori