Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rumpai Miang Mexico Dikesan...

PADANG BESAR - Rumpai miang Mexico yang tersenarai sebagai rumpai perosak yang berbahaya...

Chong Wei Sanggup Bayar...

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda...

Baru Nak Tunjuk ‘Power’,...

TULAR di media sosial sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang pemandu kereta cuba menunjuk...

Diana Danielle Sangkal Dakwaan...

DI ZAMAN laman sosial berleluasa, sesebuah cerita boleh menjadi viral tanpa mendengar terlebih...

Jangan Kritik Kewibawaan Calon Parti Lain

MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Terengganu yang mengkritik calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk kerana dikatakan tidak setaraf dengan calon dari PAS.

Abdul Hadi yang juga calon Pas bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berkata mana-mana pihak tidak wajar merendahkan calon parti lain yang akan bertanding kerana mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing sama ada dari segi akademik atau sumbangan pada parti.

“Kita tidak boleh rendahkan calon mana-mana parti, sudah pasti parti masing-masing akan memilih calon yang ada kekuatan tersendiri (untuk PRU14).

“Semua mereka (calon) ada peranan dan kita nasihatkan orang-orang PAS jangan merendahkan calon-calon ini… ada orang pendidikannya mungkin tidak tinggi tapi dari segi khidmatnya kepada masyarakat mungkin lebih lagi dari orang lain,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas selesai menyerahkan borang pencalonan bagi menyertai PRU14 di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Marang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah mendakwa BN menurunkan calon lemah untuk memberi kemenangan mudah kepada PAS di DUN Batu Buruk apabila bakal berdepan anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil yang juga Ketua Pemuda parti itu.


Beliau mendakwa calon yang diletakkan BN, iaitu Zamri Awang Hitam bukan tandingan kepada Ketua Pemuda PAS itu kerana beliau kurang dikenali dalam kalangan orang ramai.

Selain mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenanginya pada PRU13, Raja Kamarul Bahrin Shah juga calon PAN bagi DUN Batu Buruk, akan ditentang Muhammad Khalil dan Zamri. – BERNAMA

Kategori