Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Presiden Filipina Isytihar Marawi...

MANILA - Presiden Rodrigo Duterte telah mengisytiharkan Bandar Marawi kini bebas daripada pengganas...

Ameng, Artis Pertama Bakal...

Penyanyi kumpulan Spring, Ameng yang sedang menjalani hukuman penjara seakan tidak percaya apabila...

15 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negara dan...

CEO Rapid Rail Minta...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) meminta maaf berikutan brek...

“Jangan Jadi Nasi Tambah Benda Saya Tak Cakap”

RUPA-RUPANYA masih lagi belum reda kisah keretakan perhubungan cinta antara selebriti Neelofa dan aktor kacak, Fattah Amin.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH29), Neelofa menerusi akaun rasmi laman mikro Twitter peribadinya telah memuat naik status mendakwa kenyataan berhubung isu LoFattah telah ditokok tambah.

Malah heroin Suri Hati Mr. Pilot itu juga meminta pihak berkenaan untuk menonton semula video temubual itu dan membuat perbandingan di atas kenyataan yang diucapkan dengan kenyataan yang disebarkan.

"Jangan Jadi Nasi Tambah Benda Saya Tak Cakap"

Kenyataan yang dimaksudkan oleh lofa adalah seperti berikut;

“Saya pun baru menyedari dan mengetahui perkara ini.

“Apa saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu.

“Mujur saya jenis yang cepat ‘move on’ dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu.”

Menerusi rakaman sesi temubual yang dikongsi oleh Encik Terbang ketika pelancaran Kad Muslimah Bank Rakyat dan Neelofa adalah dutanya mengulas isu LoFattah berkata;

“Baru awak tahu ke dah lama Lofa? Tanya salah seorang wartawan dan Neelofa menjawab ‘Baru’.

“Mungkin cara saya… mungkin the way i got to know to it was not that nice,” tambahnya.


“Kantoi depan mata ke? Tanya wartawan lagi.

I will prefer not to share about it. Tapi i knew that i know, tapi saya rasa peminat saya dan reporter sendiri, media sendiri tahu my character i macam mana.

“What i want in my life, you know my character what not and so.

I will never stay put and then and then macam nak cakap… macam…drowning it and i will always move forward and get back on my own track, tutur gadis berusia 27 tahun ini pada sidang media itu.

Neelofa difahamkan bakal mengerjakan umrah pada 27 Disember ini bersama-sama ahli keluarganya yang telah dirancang sejak Oktober lalu.

Apa pun konflik yang melanda, diharapkan Neelofa bertabah dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Mynewshub percaya peminat-peminat Neelofa sentiasa memberikan sokongan padu padanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori