Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sepanyol Usir Duta...

MADRID - Kerajaan Sepanyol pada Isnin memutuskan untuk mengusir Duta Besar Korea Utara...

Suhakam Puji Cara PDRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji keberkesanan Polis DiRaja...

Tragedi Mina: Kisah Jemaah...

TRAGEDI rempuhan di Mina pastinya meninggalkan satu kenangan pahit buat semua keluarga mangsa...

Kerajaan Arahkan Ahli Parlimen...

Kuala Nerus : Ahli parlimen diarahkan membelanjakan 70 peratus atau RM1.75 juta daripada...

Jangan Hina Keputusan Mahkamah Syariah

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap kalangan yang cuba mempersoalkan hukuman terhadap seorang ibu tunggal mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Hakim Rosdi Harun mengingatkan, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan prosiding menghina mahkamah sekiranya ada penulisan yang merendahkan imej institusi itu.

Katanya, masyarakat perlu memahami dengan jelas kedaulatan mahkamah syariah negeri ini yang ketetapan kewujudannya adalah atas perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai ketua agama Islam negeri.

“Sebelum saya meneruskan penghakiman saya ingin menekankan ini adalah mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil, jadi penghakiman adalah berdasarkan hukum syarak. Saya nampak di luar ramai yang tidak faham.

“Jika terdapat penulisan dan komen yang menghiris hati saya, saya tidak ragu-ragu jika perlu untuk melakukan prosiding menghina mahkamah,” katanya sebelum membacakan penghakimannya, di sini hari ini.

Wanita berkenan yang mengaku salah, hari ini dijatuhkan hukuman penjara enam bulan bersama enam sebatan dan Rosdi memerintahkan hukuman sebat tahun itu dilaksanakan di penjara tempat tertuduh ditahan sekiranya tiada rayuan daripada tertuduh selepas 14 hari.

Tertuduh yang berusia 30 tahun bagaimanapun kelihatan bersahaja di kandang tertuduh ketika mendengar keputusan yang diumumkan kira-kira pukul 10.55 pagi itu.


Hakim Syarie itu ketika membacakan pertuduhan turut menyatakan kekecewaannya terhadap sikap ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keinsafan sepanjang prosiding dijalankan.

“Dalam kes ini apabila saya beri peluang untuk merayu, tidak ada satu perkataan yang keluar daripada mulut tertuduh bahawa dia telah insaf, dia bertaubat dan tidak mahu mengulangi kesalahan sebaliknya hanya meminta hukuman penjara dikurangkan.

“Jadi saya juga ingin tekankan yang tertuduh wajar dikenakan sebatan untuk menimbulkan rasa kegerunan terhadap dirinya selain hukuman penjara yang boleh memberikan ruang untuk dia bermuhasabah diri,” katanya.

Ini merupakan kali kedua di negeri ini, pesalah syariah dikenakan sebatan, namun dalam kes pertama pada 3 September lalu, dua wanita yang mengaku salah kerana cubaan melakukan hubungan seks sejenis dikenakan enam sebatan secara terbuka dalam mahkamah selain masing-masing didenda RM3,300. – UTUSAN ONLINE

Kategori