Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MB Kelantan, Timbalan Menteri...

KUALA KRAI - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini merakamkan ucapan...

Kerajaan Sudah Bincang Isu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen)...

Penuntut UiTM Terjejas Banjir...

JOHOR BHARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini meminta pelajarnya yang terjejas...

Sasar Mangsa Banjir, Ah...

MENYEDARI banyak belanja diperlukan untuk memulihkan kembali kehidupan termasuk membaiki kediaman yang musnah...

GPMS Minta Pihak Luar Henti Gugat Kedudukan UiTM

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta semua pihak berhenti menggugat kedudukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai institusi pengajian khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, orang luar perlu melihat UiTM sebagai pusat pengimbangan kedudukan Bumiputera dan bukan Bumiputera di negara ini selain peranannya mewujudkan keadilan sosial.

Memetik laporan BH Online, Zambri menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak wajar mengemukakan permintaan dan tuntutan supaya kelonggaran diberikan kepada golongan bukan Bumiputera untuk diterima masuk ke UiTM.

“Pusat pengajian seperti UiTM memberi peluang dan ruang kepada anak Bumiputera mendapat akses pendidikan bagi mengubah kedudukan kaum Bumiputera, selain mengimbangi kedudukan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Ketika ini, Bumiputera masih jauh terpinggir dan wujud jurang lebar khususnya dalam penguasaan pendidikan serta ekonomi.

“Bagi mengimbangi kedudukan dan penguasaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pelbagai bidang, adalah wajar bagi kerajaan meneruskan dasar membantu Bumiputera, khususnya dalam bidang pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) supaya kerajaan membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.

Semalam, Ketua Umum HINDRAF 2.0, P. Uthayakumar, dilaporkan menuntut supaya UiTM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu supaya dibuka untuk semua kaum terutama untuk kaum India dari golongan B75.


Memorandum mengandungi 25 tuntutan kepada kerajaan termasuk pembukaan UiTM kepada golongan bukan Bumiputera itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zambri berkata, kewujudan UiTM adalah sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub mengikut perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Zambri berkata, kewujudan UiTM adalah sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan semua pihak tidak layak menukar sebarang dasar yang termaktub dalam perlembagaan melainkan ianya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak wajar bagi mana-mana pihak cuba menukar sebarang dasar, khususnya berkaitan UiTM, melainkan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, termasuk isu pendidikan,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori