Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Denda RM10,000 Ingkar Zon...

KOTA BHARU - Tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10,000 menanti individu yang didapati...

AFC Hukum Al Shamrani...

KUALA LUMPUR - Nassir Al Shamrani - pemain yang baharu ditabal selaku Pemain...

Sarawak Energy Tangani Masalah...

KUCHING - Menyedari kegusaran orang ramai berhubung kekerapan gangguan yang dialami penduduk Bandaraya...

Teladani Kisah Kabilah Aus...

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu meneladani kisah kabilah Aus dan Khazraj yang...

Jangan Cuba Ugut SPRM Dengan Peluru Hidup!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan amaran tegas kepada pihak yang cuba mengugut pegawai kanannya dengan menghantar peluru hidup serta nota berbaur ugutan ke rumah mereka.

Ketua Peseruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkafli Ahmad berkata, beliau mahu mereka yang melakukan perbuatan itu menghentikannya kerana pada SPRM tindakan itu adalah tindakan pengecut.

“Ia tidak akan sama sekali melemahkan semangat pegawai-pegawai SPRM daripada melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami.

“Malahan, perbuatan ugutan sedemikian hanya menyuntik lagi semangat kami untuk terus berjuang dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir-anasir rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkafli berkata, dua pegawai SPRM yang menerima bungkusan mengandungi peluru hidup dan nota berbaur ugutan itu telah membuat laporan polis dan SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.


“SPRM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas mewujudkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut dan mengenal pasti mereka yang terlibat dalam perbuatan itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori