Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stok Minyak Sawit Naik...

KUALA LUMPUR - Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.26 peratus kepada 2.214 juta...

Ikut Perkembangan Semasa SST...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta rakyat negara ini sentiasa mengikuti...

Trio Wanita Brunei Kental...

BANDAR SERI BEGAWAN - Penglibatan golongan wanita  di dalam sektor pekerjaan yang dimonopoli...

Agong Bergegas Lawat Kediaman...

KUALA LIPIS - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Jangan Buat Spekulasi Tragedi Mejar Mohd Zahir – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai berhubung pemergian anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd. Zahir Armaya yang maut hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, langkah itu bagi menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih mengenai kejadian itu.

“Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya berharap keluarga Allaharyam tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) maut semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia, hari ini.

Allahyarham yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, A.R Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pukul 9.20 pagi tadi.

Kategori