“Jangan Biadap sangat”

Setiausaha Pemuda DAP, Eric Teh Hoong Keat perlu lebih berhemah dengan teguran sekiranya tidak bersependapat dengan arahan pimpinan Pakatan Harapan.

Cadangan untuk pertimbangan “berpisah” dengan PKR dan menyusun semula barisan pembangkang hanya mengundang perpecahan dan jika ini pemikiran yang wujud di dalam PH, maka apa gunanya meletakkan amanah dan kepercayaan kepada pemimpin?

Belanjawan 2021 masih belum diluluskan dan usaha pembangkang belum dipatahkan lagi. Kita hanya mengambil langkah jangka masa panjang dan berharap rakyat memahami serta bersabar buat masa ini.

Saya berharap pemimpin KEADILAN mahupun PH berdiri teguh bersama Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin pada masa yang sama mengembalikan mandat rakyat.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak