Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih RM1 Juta Rugi...

KOTA KINABALU – Polis Kota KInabalu menerima 55 kes penipuan melalui panggilan telefon...

Tanda Lahir Bentuk ‘Love’...

SEORANG bayi lelaki di Turki dilahirkan dengan keadaan cukup istimewa apabila memiliki tanda...

‘Syed Sadidiq Berniat Jahat,...

KUALA LUMPUR : Pihak pendakwaan dalam kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Tudung Duck Berharga RM2,500...

KUALA LUMPUR - Jenama tudung premium tempatan, Duck bagi edisi The Luxe Chiffon...

Jangan Bersedih: Ingat Hamzah, Khalid & Saad

BANYAK kesedihan yang melanda umat Islam hari ini. Setelah berduka dengan isu Perang Saudara akibat Arab Spring yang berterusan di Syria dan Libya, juga perang saudara di Yaman, kini bencana duka bertambah dengan krisis terbaharu di Rakhine, Myanmar.

Sejak 25 Ogos lalu, lebih 500 nyawa umat Islam Rohingya dibunuh di 23 perkampungan di Utara Rakhine, manakala 34 ribu lagi menjadi pelarian ke sempadan Bangladesh.

Ia menambah sengsara setelah 200 juta umat Islam disahkan PBB berdepan krisis kebuluran dan kemanusiaan di seluruh dunia sejak 2015.

Jangan letih. Islam dibina dengan airmata, kesabaran, peluh, darah dan nyawa. Selain iman dan taqwa.

Rasulullah juga berduka hingga Allah turunkan surah At Kautsar demi menghiburkan baginda.

Juga ingatlah selalu pada tiga nama besar, sahabat Rasulullah yang berjuang demi agama.

Hamzah bin Abdul Muttalib, lahir 568 Masihi di Makkah dan wafat 625 Masihi pada usia 57 tahun.

Hamzah mulanya anti Islam. Namun, Allah kasihkan Hamzah dan diberikan hidayah. Hamzah syahadah pada tahun 615 setelah dua tahun Rasulullah berdakwah pada Bani Hashim.

Hamzah berjuang dalam dua perang utama iaitu Badar dan Uhud. Dalam perang Badar, Hamzah membunuh dua orang musuh Islam yang terkenal iaitu Utbah dan Shaibah.

Allah kasihkan Hamzah seperti Hamzah kasihkan Islam. Ketika perang Uhud, Hamzah syahid. Wira Islam ini mati direjam lembing.

Hari ini, kalau ke Bukit Uhud, Masjid Hamzah jadi ingatan. Di sini juga tempat Singa Allah berjuang dan wafat atas nama iman dan Islam.

Kehebatan Hamzah menyentuh hati Rasulullah.

“Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Jangan bersedih. Islam itu datang berdagang, pulangnya juga berdagang.

Ingat Khalid bin al-Walid. Lahir 585 Masihi. Khalid sahabat terbilang di medan perang. Digelar Saifullah al Maslul. Bermakna Pedang Allah.


Jasa Khalid besar. Dia panglima Islam dalam perang menakluk Byzantine dan Parsi. Khalid sebaris bersama Saidina Abu Bakar dan Umar al Khattab antara panglima perang sejak zaman Rasulullah.

Sejarah tidak akan melupakan Khalid. Dia wira yang menundukkan Rom dan Parsi dalam perang tiga tahun sahaja.

Khalid sebenarnya musuh Islam ketika perang Uhud. Tapi Allah kasihkan Khalid. Selepas Perjanjian Hudaibiah, Khalid bersyahadah. Khalid datang menemui Rasulullah memohon maaf kerana pernah memerangi Islam.

Karier Khalid dalam perang besar bermula sebagai tentera dalam perang Mutah 629 Masihi. Khalid antara 3 ribu tentera Islam yang dihantar Rasulullah menentang 100 ribu tentera Rom di Byzantine (Palestin). Perang berlaku di tanah Karak, Jordan.

Khalid wafat pada usia 57 tahun di Homs, Syria. Masjid dan makamnya di garisan akhir penaklukan. Khalid kasih akan dakwah Islam. Dipilihnya garisan akhir tempat dia pimpin kemenangan Islam untuk bermastautin dan wafat.

Saad Bin Waqas sahabat terawal memeluk Islam pada 610 ketika berusia 17 tahun. Saad, punya pertalian saudara dengan Rasulullah dan lahir di Makkah. Orang rendah tetapi tegap. Saad tukang panah dan busur. Justeru, tidak hairanlah dia pakar memanah.

Saad orangnya hebat. Dia pernah dibelasah sekumpulan pemuda di Makkah sebaik sahaja mengisytiharkan dirinya sudah syahadah. Sekalipun diugut ibunya sendiri, Saad teguh memegang kalimah Allah.

“Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni, aku tetap dengan agamaku ini.”

Pembantaian berterusan terhadap umat Islam membuatkan Saad bertindak balas. Melihat umat Islam terus ditindas, Saad bertindak membelasah musuh Islam. Saad orang pertama menumpahkan darah musuh Islam dalam sejarah.

Saad antara panglima perang Islam dalam menakluk Parsi dalam Perang Qadisiah. Jasanya itu membuatkan Saad digelar Pahlawan Qadisiah.

Cinta Saad pada Allah dan dakwah Islam tidak pernah padam. Pada era Uthman bin Affan, Saad mengetuai tentera Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan syahadah.

Saad dikenang sejarah sebagai perintis tamadun Islam di China. – MYNEWSHUB.CC

Kategori