Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Johor Muktamad Calon,...

ISKANDAR PUTERI — Barisan Nasional (BN) Johor telah memuktamadkan senarai calonnya yang akan...

Ada Isu Faktor Kantin...

KUANTAN - Penutupan kantin Malaysia Hall di London kepada warga asing adalah atas...

Keluarga Mangsa Go-Kart Tak...

KUANTAN - Keluarga mangsa kemalangan go-kart Perlumbaan Inovasi Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016...

Henti Tohmahan Kerajaan Pintu...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya tohmahan mengatakan...

Jangan Bawa Sekeluarga Beli Barang Keperluan – MKN

PUTRAJAYA – Tiada halangan untuk orang ramai keluar membeli barangan keperluan, namun tidak digalakkan membawa ahli keluarga bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Roselin Rajab berkata, ini bagi mengurangkan pergerakan orang ramai di tempat awam dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

“Kalau anda ingin membeli barangan keperluan tiada masalah, tetapi jangan bawa satu keluarga dengan anak-anak pergi beli barang. Pergi seorang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Covid-19 Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah bersama ketua-ketua editor media.

Dari segi pengawasan, Roselin berkata, pihak berkuasa akan membuat pemantauan bagi memastikan tiada perhimpunan atau perjumpaan di tempat awam.

“Kalau kita nampak ada ramai orang (di satu tempat), mereka akan disuruh pulang ke rumah,” katanya.

Mengenai penerbangan yang transit di lapangan terbang dalam negara, Roselin berkata, penumpang tidak akan dibenarkan keluar dari terminal.


“Kalau ada (penerbangan transit) mereka tidak dibenarkan keluar.

“Ini kerana, mereka tidak dikira sebagai melepasi sempadan negara selagi mereka tidak melepasi pemeriksaan Imigresen,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Kategori