Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Sahkan Sumbangan...

ISTANBUL - Akhirnya terbukti inilah berita besar yang cukup ditakuti oleh pembangkang di...

PBKD Lulus Pendaftaran Bersyarat...

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi...

Kurang Sambutan, Program ADAM50...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak...

Rawatan Hemodialisis Mahu Diperluas...

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan sedang dalam usaha memperluas perkhidmatan rawatan hemodialisis di...

Jangan Bangkit Video Seks Sejenis Dalam Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen hari ini diberi amaran agar tidak membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks sejenis melibatkan seorang menteri dalam sidang Parlimen akan datang.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, ia bertentangan dengan peraturan Parlimen bagi membangkitkan atau membincangkan isu yang masih disiasat polis.

“Isu-isu seperti itu tidak boleh dibangkitkan semasa sidang Parlimen kerana ia boleh menjejaskan proses siasatan.

“Ia adalah tidak matang bagi memikirkan untuk membangkitkannya (isu itu),” katanya seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Terdahulu beliau hadir di Persidangan Parlimen Parlimen Asean ke-10.

Amaran itu dikeluarkan susulan pendedahan menggemparkan pemimpin Pemuda PKR, Haziq Aziz minggu lalu bahawa beliau merupakan salah seorang daripada 2 individu yang dirakam mengadakan hubungan seks sejenis.

Haziq juga menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebagai orang ke-2 dalam klip itu yang tersebar di media sosial. Azmin menafi keras dakwaan tersebut dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang.


Ariff berkata, adalah lebih baik membiarkan pihak berkuasa menyiasat isu itu.

“Akan ada unsur prasangka, dan kita tidak akan membenarkannya,” katanya.

Beliau juga berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang menimbulkan isu itu mengikut peraturan Parlimen.

Kategori