Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bot Karam Di Batu...

TAWAU - Polis mengesahkan tragedi bot karam di Perairan Batu Payung petang Rabu,...

Turkish Airlines Sambut Tahun...

KUALA LUMPUR - Turkish Airlines menyambut tahun kelima beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Anwar Jumpa Pesuruhjaya Brunei...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Muhyiddin Tiba Di Ranau...

RANAU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat dua...

Jangan Ambil Risiko Pilih Kerajaan Tidak Kukuh

KUALA LUMPUR – Situasi yang menakutkan apabila menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad masih ingin memastikan negara ini untuk terus mengikut telunjuk beliau dengan mengangkat dirinya selaku Pengerusi Pakatan Harapan sebagai calon Perdana Menteri Ke-8.

Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan berkata, situasi itu juga sekali lagi menunjukkan betapa lemah dan goyahnya asas-asas demokrasi dalam Pakatan Harapan.

Jelas beliau. Perdana Menteri adalah kedudukan tertinggi dalam Kabinet yang memerlukan sokongan semua pihak yang terdiri daripada semua komponen parti, namun perkara itu tidak berlaku dalam pencalonan Mahathir.

“Komen-komen yang diberikan oleh beberapa kepimpinan Pakatan Harapan berkaitan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri menunjukkan bahawa asas demokrasi Pakatan Harapan masih lemah dan goyah.

“Menjadi kerajaan bukan hanya melihat kepada satu individu tetapi rakyat mahu lihat keseluruhan parti yang akan memerintah negara. Sekiranya ada kepimpinan parti tidak setuju dengan calon Perdana Menteri, bagaimana hendak menerajui kepimpinan negara?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Md Hazlin Agyl berkata, lebih membimbangkan apabila konsep “Kajang Move” atau langkah kajang bagi menjatuhkan kepimpinan dalam pakatan pembangkang sendiri sebelum ini menunjukkan bertapa besar risiko yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia nanti.

Beliau mempersoalkan adakah rakyat akan terus disajikan dengan konsep “Kajang Move” hanya kerana ada pihak dalam Pakatan Harapan yang tidak berpuas hati dengan perlantikan menteri-menteri Kabinet selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum?

Jelas beliau, Malaysia memerlukan kestabilan baik dalam aspek ekonomi mahupun politik dan negara kini berada di atas landasan yang tepat dalam mencapai Wawasan 2020 seterusnya TN50.


“Jangan perjudikan nasib negara kepada yang parti belum matang dan kukuh. Pemilihan kerajaan perlu dibuat atas dasar kestabilan parti dan bukannya individu. Moga Malaysia terus aman dan makmur di bawah pemerintahan yang utuh,” ujarnya.

Beliau memberi contoh Barisan Nasional dengan kepelbagaian agenda politik dan fahaman, namun keseluruhan parti komponen bersetuju dan sepakat dalam melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tambah beliau, kesepakatan itu menunjukkan kematangan BN selama ini sebagai parti pemerintah yang sebenarnya diperlukan oleh rakyat.

“Sememangan ada kekurangan dalam kepimpinan BN, namun kesepakatan dan asas demokrasi yang kukh dalam kalangan parti komponen menjadikan BN sebagai sebuah kerajaan yang kukuh,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori