Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Kanak-Kanak Dipercayai Diserang...

KUCHING - Mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai diserang buaya di sungai Kampung Bungin,...

Penutupan 5 Pasar Raya...

PUTRAJAYA - Penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi...

Projek Pembesaran Masjidilharam Hampir...

Makkah - Pembesaran ruang tawaf dan kawasan bahagian utara Masjidilharam kini berada dalam...

Wow, Baju Lofa Inspirasi...

MEMANG tidak dinafikan selebriti bernama Noor Neelofa ini seorang yang cukup bijak berfesyen,...

“Jangan Ada Campur Tangan Politik Dalam Kes Adib”

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada sebarang campur tangan politik berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Jelas beliau, semua pihak termasuk dirinya mahu mengetahui kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa anggota bomba tersebut.

“Saya amat berharap kebenaran sebenar-benarnya akan dapat kita perolehi tidak lama lagi dan keluarga Muhammad Adib akan mendapat keadilan serta tiada campur tangan politik dalam kes ini,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang mendedahkan pihak polis sedang menyiasat dua kemungkinan berhubung punca kematian Muhammad Adib.


Berdasarkan laporan yang memetik sumber polis itu, dua kemungkinan yang menyebabkan kematian anggota bomba itu ialah sama ada dipukul atau dilanggar jentera bomba. – Sinar Harian

Kategori