Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

BN Mahu RUU Sumbangan...

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mahu Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dapat dibentangkan...

Cara Hancurkan Negara Tidak...

TERDAPAT empat kaedah utama yang digunakan oleh hitmen ekonomi untuk menjatuhkan sesebuah negara...

Troll Kereta Mewah Dan...

ALKISAH gara-gara terlalu teruja ingin sangat mempamerkan kemewahan yang 'dimiliki', seorang individu lelaki,...

JBPM Kedah Mahu Malim...

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berhasrat menarik lebih banyak penyertaan malim...

Jambatan Pulau Pinang Masih Kukuh, Selamat Digunakan

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan keseluruhan struktur jambatan Pulau Pinang masih kukuh susulan insiden kebakaran kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu, semalam.

PLUS yang juga pengendali jambatan Pulau Pinang, turut memberi jaminan bahawa jambatan sepanjang 13.5 kilometer itu masih selamat digunakan.

Jelasnya, api berjaya dipadamkan kira-kira jam 7.30 malam semalam, dan tiada kecederaan membabitkan pengguna jambatan itu dilaporkan.

Selain itu, PLUS memaklumkan lorong kanan di kedua-dua arah di lokasi kebakaran iaitu di Kilometer 3.2, ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.

“Sepanjang tempoh ini, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk mengelakkan kesesakan disebabkan penutupan lorong itu.

“PLUS juga akan terus menyalurkan maklumat trafik terkini menerusi paparan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuh raya, termasuklah menerusi Twitter PLUSTrafik dan saluran media sosial dari semasa ke semasa.


“Orang ramai turut digalakkan memuat turun aplikasi PLUS secara percuma dan berinteraksi dengan Chatbot pertama lebuh raya iaitu PUTRI untuk mendapatkan maklumat trafik di Jambatan Pulau Pinang,” kata PLUS dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran kabel elektrik yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam menyebabkan jambatan Pulau Pinang yang mula beroperasi pada 1985, diselubungi kepulan asap, menyebabkan lalu lintas di atas jambatan itu sesak teruk.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin semalam memaklumkan, punca sebenar kebakaran kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara itu masih disiasat. – BH Online

Kategori