Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembantu Teknik Didakwa Jual,...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini...

Baru 6 tahun Tapi...

MELIHATKAN jari jemarinya yang memegang gunting memang sukar percaya pada usianya yang muda...

Kualiti Udara Bintulu Catat...

KUCHING : Bintulu satu-satunya kawasan di Sarawak yang dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran...

Tertekan Dengan Ah Long...

KUANTAN – Seorang petani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub...

Jamal Hadir Mahkamah Naik Ambulans, Bawa ‘Drip Stand’

AMPANG – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu Datuk Seri Jamal Md. Yunos sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai dan media apabila dia tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi dengan menaiki van ambulans.

Bukan itu sahaja, Jamal yang sebelum ini selalu hadir ke mahkamah berpakaian formal seperti blazer, kali ini hanya mengenakan pakaian pesakit hospital termasuk membawa ‘drip stand’ kerana diserang demam campak.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini telah membatalkan waran tangkap Jamal selepas dia gagal hadir pada perbicaraan dua pertuduhan iaitu akta imigresen dan melarikan diri dari jagaan pihak polis.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas mahkamah memaklumkan telah menerima surat cuti sakit yang diberi oleh pihak pembelaan pada pagi tadi.

“Perlu diketahui mahkamah tetap akan mengeluarkan waran tangkap dan bertindak sebagai Rule Of Law (memerintah mengikut undang-undang). Surat cuti sakit hanya dikeluarkan selepas pukul 5 petang,” katanya.

Pada masa sama, Muhamad Firdaus turut memberi amaran kepada jamal supaya tidak lagi gagal hadir kerana ini bukan kes waran tangkap pertama yang dikeluarkan kepada Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu.

Dalam prosiding itu, peguam Datuk Sulaiman Ismail yang mewakili Jamal mengakui hanya memberikan cuti sakit itu pada sebelah pagi sebelum prosiding perbicaraan berlangsung.


Katanya, surat cuti sakit itu baru diberikan dengan alasan tidak sempat menyerahkannya kepada pihak mahkamah semalam kerana sudah lewat pada pukul 5.15 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak membuat sebarang bantahan.

Perbicaraan kemudian bersambung. – K! ONLINE

Kategori