Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nenek Mengamuk, Guru Tadika...

Rasakan...seorang guru tadika yang memukul murid-muridnya tanpa belas ihsan akhirnya menerima balasan apabila...

Anggota Tentera Seakan Sudah...

SALAH seorang anggota tentera yang maut dalam kejadian trak terbalik di Jalan Ranau-Telupid,...

Al-Fatihah.. Ibu Awie Meninggal...

Allahyarham Azizah Abd Hamid, 75, ibu kepada penyanyi dan pelakon Awie, menghembuskan nafasnya...

Singapura Tutup Penerbitan Majalah...

PENERBIT majalah khas untuk lelaki dewasa, FHM (for him magazine) Singapura, MediaCorp akhirnya...

Jamal Bebas Dari Tahanan Reman Umum Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 7 malam ini.

Video pengumuman peletakan jawatan beliau berdurasi 1.21 minit turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Khamis lepas, Jamal ditahan di kediamannya dan ditahan reman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor.


Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain telah ‘menyerbu’ beberapa premis berkenaan di Ampang, Selangor. – BERNAMA

Kategori