Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Akui Salah,...

USAHAWAN, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan mengakui salah kerana menggunakan cukai jalan kenderaan...

2 Anggota Polis Cedera...

SHAH ALAM - Dua anggota polis cedera ringan apabila diserang menggunakan pemutar skru...

Tindakan Tegas Kepada Peniaga...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan memberi...

Haji Hadi Buat Azmin...

PAKAR 'putar' dalam pakatan pembangkang terpaksalah kerja lebih masa cari idea yang lebih...

Jamal Bakal Dapat Anak Lagi Pada Usia 60 Tahun

KUALA LUMPUR – Pada usia 60 tahun, penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan isterinya pada awal November ini.

Jelasnya, buat masa ini, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang hamil enam bulan tidak mempunyai sebarang alahan atau mengidam.

“Syukur kandungan kali ini dipermudahkan, malah isteri pun tampak sihat, bertenaga dan tidak mengidam makanan pelik-pelik.

“Sekarang dia lebih banyak berada di rumah kerana saya sendiri mahu dirinya berehat, memandangkan sebelum ini isteri pernah tiga kali mengalami keguguran.

“Insya-Allah, ikutkan ujian imbasan, kami bakal menimang anak perempuan pada 4 November depan. Alhamdulillah,” katanya memetik BH Online.


Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali berkahwin dengan wanita berasal dari Perak itu pada pada 1 April 2017.

Terdahulu, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Ketiga-tiganya berakhir dengan perpisahan.

Bersama Noraina, penyanyi Kau Lupa Janji itu dikurniakan Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun, manakala dengan Fatimatuzarah pula dia dianugerahkan Ahmad Zaki Yamani, 12.

Kategori