Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Lelaki Ditahan, Sindiket...

MIRI - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan tiga lelaki di...

Kabinet Belum Bincang Cadangan...

Kerajaan masih belum membincangkan cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Subsidi Diteruskan Biarpun Kos...

PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan pemberian subsidi kepada jemaah akan diteruskan biarpun kos...

Siapa Suka Sangat ‘Online’...

Jangan kata orang lain, diri sendiri pun kadang-kadang tak boleh menahan tangan daripada...

Jamal Abdillah Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Politik

PENYANYI pop negara, Datuk Jamal Abdillah mengakui tidak akan menolak untuk menjadi calon bertanding semasa pilihan raya jika dirinya diberikan peluang.

Walau bagaimanapun, menurutnya, buat masa ini dia masih belum mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang politik tetapi tidak menolak jika satu hari diberi peluang untuk bertanding.

“Itu terpulang kepada pimpinan kita, kalau kepimpinan politik rasa itu yang terbaik, rasanya tak mustahil.

“Saya sering mengikuti perkembangan politik semasa dan banyak yang saya pelajari dari politik negara kita,” katanya menerusi satu rancangan bual bicara televisyen.

“Saya suka baca soal politik tapi saya bagi komen dari segi kemanusiaan. Kadang-kadang suka bertengkar dan suka menunding jari antara satu sama lain.


“Seharusnya kita dari bidang yang lain perlu melihatkan diri seperti seorang manusia biasa,” jelas Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 57. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori