Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan ‘Tampar’ Muka...

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas...

Fara Mendoza Berkucupan Mesra...

SELEPAS namanya terkait kontroversi berikutan imej seksi serta isu hangat dengan pelakon Fizz Fairuz, pelakon...

Thailand Bukan Pusat Sindiket...

BANGKOK - Polis Thailand menafikan negara itu menjadi pusat bagi sindiket pusat panggilan...

5,000 Sokong Kempen Hentikan...

KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 warga kota bersama-sama menyertai program ‘Rock Solid Pink...

Jamal Abdillah, Anak Kolaborasi Karya A. Nawab

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal berkolaborasi bersama anak sulungnya, Osama Yamani, 15, menerusi dua buah single ciptaan komposer tersohor negara, Datuk Ahmad Nawab.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 57, rancangan itu akan dilaksanakan selepas Osama selesai menduduki peperiksaan Pentaksiran Tahap 3 (PT3), Oktober ini.

“Saat saya menyuarakan hasrat ini kepada Datuk Ahmad Nawab, beliau bersetuju untuk memberikan dua buah single yang telah lama berada di dalam simpanannya yang mana ianya dicipta sewaktu era kegemilangan Datuk Sharifah Aini lagi dan saya tahu ianya sebuah karya yang berkualiti dan bersifat evergreen.

“Pun begitu, saya tidak bercadang untuk melaksanakan dalam waktu sekarang kerana tidak mahu mengganggu pelajaran anak saya yang kini bakal menduduki peperiksaan penting PT3 Oktober ini,” ujarnya.

Jamal ditemui ketika selesai menjayakan Previu Konsert 3 Suara bersama pihak media yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai single tersebut, katanya dia terharu dan rasa begitu berbesar hati apabila komposer tersohor itu menyuarakan kesudiannya memberi karya hanya kerana permintaan itu datangnya dari insan bernama Jamal Abdillah.

“Kata beliau, kalau boleh dia tidak mahu lagi cipta lagu untuk mana-mana artis tetapi disebabkan yang minta itu adalah saya, dia terus bersetuju dan ini membuatkan saya rasa cukup terharu.


“Lagu-lagu ini sememangnya sudah berada di dalam simpanan beliau dan apa yang perlu dilakukan hanya menyusun semula gubahan muziknya agar lebih menarik mengikut kesesuaian dan penerimaan pendengar sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, dia akan memberi sepenuh fokus pada projek tersebut seusai dia menjayakan Konsert 3 Suara yang akan berakhir Ahad ini.

“Segalanya masih diperingkat awal perbincangan namun apa yang boleh saya katakan, idea ini tercetus setelah ramai peminat saya bertanyakan hal tersebut dan saya rasa mengapa tidak saya realisasikannya kerana Osama sememangnya minat menyanyi dan sedang mendalami jurusan khas seni di sekolahnya.”

Dalam perkembangan sama katanya, dia tidak begitu menggalakkan anaknya itu datang menonton konsertnya di Istana Budaya kerana faktor jarak yang jauh memandangkan anaknya kini berada Pasir Gudang, Johor Baharu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori