Jalani Syawal Dengan Kebiasaan Baharu, Jaga Pemakanan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal dengan norma serta kebiasaan baru, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, namun tidak bermakna ia tidak dapat diraikan dengan semangat yang sama.

Menurutnya, sebulan berpuasa di bulan Ramadan ketika penularan wabak COVID-19 telah mengajar erti sebenar kesabaran dan pengorbanan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Ramadan telah dilalui dengan norma dan kebiasaan baru bagi memastikan jangkitan COVID-19 dapat dibendung.

“Kini KKM menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal pula dengan norma dan kebiasaan baru, dengan mematuhi SOP yang telah disarankan,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat memberi perhatian kepada proses penyediaan makanan juadah Hari Raya Aidilfitri, bagi mencegah keracunan makanan.

“Bagi memastikan juadah ini dapat dinikmati dengan selamat, proses penyediaan makanan perlulah diberi perhatian, terutamanya daripada cara pemasakan yang betul dan selamat,” jelasnya.

Tambah beliau, sepanjang Syawal pada 2019, KKM telah menerima laporan 53 episod keracunan makanan, melibatkan 1,995 kes.

Beliau juga menyarankan masyarakat supaya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, pada setiap masa dengan mengamalkan 3M iaitu masak di rumah jika boleh, makan buah-buahan dan sayuran setiap hari, serta minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 

Loading...