Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembelaan Akan Mohon Pengampunan...

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat membuat permohonan...

Johor Cadang Sediakan Zon...

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mencadangkan supaya perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan...

Cukai Khidmat Atas Talian...

PUTRAJAYA - Proses pelaksanaan percukaian baharu terhadap perkhidmatan atas talian yang diimport akan...

Thailand Hantar Konvoi Bantuan...

NONTHABURI – Kementerian Perdagangan Thailand hari ini melancarkan konvoi trak yang membawa bekalan...

Jalan Raya Tertinggi Di Malaysia Mula Beroperasi

GEORGE TOWN – Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini yang dipercayai tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 61.5 meter (m) mula beroperasi hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek berkenaan yang dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah bagi menampung perkembangan pesat negeri itu berikutan pertambahan jumlah trafik di kawasan berkenaan.

“Selepas enam tahun mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya projek yang dibiayai sepenuhnya oleh PBT (pihak berkuasa tempatan) ini telah dibuka kepada trafik bermula pagi ini.

“Projek bernilai RM378.2 juta itu yang dijanjikan kerajaan negeri (selepas) mengambil kira pembangunan pesat di kawasan ini yang memerlukan sistem jalan raya bagi menampung dan memenuhi isi padu trafik,” katanya kepada pemberita sejurus merasmikan jalan tersebut hari ini.

Projek jalan raya sepanjang 3.8 kilometer (km) dan setinggi 61.5 m merentasi kawasan berbukit itu dikatakan tertinggi di Malaysia mengatasi Lebuh Raya Rawang-Serendah (Rawang Bypass) berketinggian 58.2 m.

Sementara itu, menurut Kon Yeow, projek berkenaan terbahagia kepada tiga bahagian dengan dua daripadanya dibiayai oleh pihak pemaju swasta berikutan jajaran jalan berkenaan melalui tanah pembangunan masing-masing dan dijangka siap pada 2025.


Secara keseluruhannya, projek itu dianggarkan menelan kos RM545.6 juta sepanjang 5.5 km yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)-Bukit Jambul dan Balik Pulau- Jalan Tun Sardon.

Laluan itu merupakan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.

Projek itu pernah menimbulkan kontroversi apabila sebahagian struktur dalam pembinaan runtuh yang mengorbankan sembilan mangsa dan tiga cedera dalam kejadian pada Oktober 2018.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori