Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis Serangan Asid Temui...

NEW DELHI - Lima tahun dahulu, wanita ini merupakan pemilik wajah jelita sebelum...

6 Anggota Bomba Lemas...

JASA... Enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mati lemas dalam...

“Saya Akan Biar Kamu...

TEKANAN emosi, kemurungan ataupun berada di bawah pengaruh dadah menjadi antara punca seseorang...

Datuk Dr Hassan Said...

PUTRAJAYA - Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti...

Jakim Setuju Cadang Penutupan Masjid 10 Hari

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersetuju untuk mencadangkan penutupan masjid-masjid dan menggantung sementara semua kegiatan di masjid selama 10 hari.

Cadangan itu dibuat susulan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) diadakan di Pulse Grande Hotel Putrajaya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu catatan di Instagram sebentar tadi.

Dr. Asri berkata, solat jemaah serta solat Jumaat juga disarankan tidak diadakan sepanjang tempoh itu dan keputusan itu diambil dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, tempoh itu mungkin akan dilanjutkan atau akan ditamatkan berdasarkan taklimat KKM dan perkembangan semasa yang akan dimaklumkan kelak.


“Selepas satu sesi muzakarah khas malam tadi, berasaskan pandangan KKM, alhamdulillah, pihak Jakim bersetuju mencadangkan agar masjid-masjid ditutup daripada semua aktiviti termasuk solat jemaah dan solat Jumaat selama 10 hari.

“Penamatan atau perlanjutan tempoh selepas itu akan dimaklumkan semula berdasarkan taklimat KKM. Pengumuman rasmi akan dibuat nanti,” tulis Dr. Asri di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Perkembangan terbaru itu juga susulan beberapa kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang dikaitkan dengan sebuah perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dianjurkan antara 27 Februari hingga 1 Mac. – Sinar Harian

Kategori