Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Konsert Helloween Julung Kali...

DEMAM kehangatan Pilihan Raya (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei depan...

Tanggungjawab Suami Pertahankan Isteri...

SETIAP kali dilanda kontroversi dan kecaman daripada pengikut laman sosial, Fizo Omar sentiasa...

Myanmar Pertahan Suu Kyi...

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar mempertahankan Aung San Suu Kyi semalam selepas Amnesty...

PM Bangladesh Minta Myanmar...

DHAKA - Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina semalam meminta Myanmar mengambil semula puluhan...

Jakarta Dilanda Jerebu, Bangunan ‘Hilang’ Dari Pandangan

IBU kota Indonesia, Jakarta kini diselubungi jerebu mengakibatkan tahap penglihatan rendah dari jarak kira-kira 5 ke 10 kilometer (km).

Feneomena ini juga menyebabkan beberapa bangunan tinggi termasuk bangunan Monumen Nasional (Monas) ‘hilang’ dari pandangan kira-kira 10 km.

Namun, laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), mencatatkan setakat ini, tiada mana-mana daerah mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Dalam pada itu, BMKG turut memaklumkan Jakarta dan daerah sekitarnya iaitu Bogor, Depok, Tengarang dan Bekasi atau lebih dikenali sebagai Jabodetabek akan mengalami hujan dan ribut petir seharian.

Untuk makluman, Indonesia kini mengalami musim hujan dan beberapa kawasan di Jakarta baru-baru ini telah dilanda banjir.


Tahun lalu, pen­­duduk di sekitar Pekanbaru, Jambi, Palangkaraya terpaksa menghidu asap tebal selama dua bulan hingga melumpuhkan ekonomi dan mencatatkan beberapa kematian.

Jerebu itu dikatakan berlaku akibat pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Fenomena jerebu ini turut merebak ke beberapa negara asia seperti Malaysia, Singapura dan Thailand hingga membuatkan ramai yang mengkritik negara tersebut kerana lambat dalam menyelesaikan masalah itu.

Nampaknya isu jerebu dan Indonesia masih lagi tiada kesudahannya sekali gus menunjukkan negara itu gagal dalam menguruskan perkara tersebut. –  MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori