Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isu Petronas: Wisma Putra...

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri menggesa kerajaan Sudan agar menghormati Perjanjian Promosi dan...

Tiga Peringatan Penting LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggariskan tiga perkara yang perlu diketahui bagi...

Gadis Maut Kereta Langgar...

SANDAKAN - Seorang gadis maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang telefon...

Real Harus Lebih Mantap...

MADRID - "Real Madrid masih perlu meningkatkan lagi kemajuan," kata Cristiano Ronaldo selepas...

JAIS Sahkan Siasat Sajat

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.

Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.

“Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.

“Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya. 


Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai pendedahan Sajat berkaitan layanan tidak wajar penguat kuasa JAIS terhadapnya dan dia turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu. 

Sajat turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penguat kuasa berkenaan walaupun dia sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Sajat dilaporkan mendakwa pihak JAIS seolah-olah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri. – myMetro Online

Kategori