Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Malaysia Isytihar ‘Perintah Kawalan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua...

48 Jam 1,500 Tempahan,...

KHAMIS depan, Perodua secara rasminya akan melancarkan model baharu Myvi yang dijanjikan dengan...

Didenda Gagal Kemuka Rekod...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengurusan restoran ‘mamak’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret...

Rela ‘Mengemis’ Demi Gaun...

SEKUMPULAN wanita di Perth, Australia sanggup berkhemah di hadapan sebuah butik pengantin semata-mata...

Jaga Alam Sekitar, Jadi Rakyat Malaysia Yang Lebih Baik

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkongsi mengenai azam tahun baharunya pada 2019 iaitu untuk menjaga alam sekitar dan menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik.

“Saya berhasrat untuk kurangkan penggunaan plastik dalam usaha menyelamatkan penyu yang kian pupus dan giat dalam kitar semula,” katanya dalam perutusan Tahun Baru beliau hari ini.

Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga juga bertekad mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan gula serta makanan berkarbohidrat tinggi dan melakukan lebih banyak senaman.

Katanya dengan pengharaman kegiatan merokok di kawasan awam bermula esok, beliau akan berwaspada daripada menjadi perokok pasif dan melindungi orang disayangi daripada bahaya tersebut.

“Namun, yang paling penting ialah saya bertekad untuk menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik,”katanya.


Pada tahun ini, Wan Azizah berkata pelbagai pencapaian telah dilalui antaranya pelancaran i-Suri untuk memastikan jaringan keselamatan pendapatan minima bagi suri rumah dan penubuhan system “Working with Children Check”.

Selain itu, katanya mewajibkan semua jabatan dan agensi kerajaan untuk mempunyai taska unuk kakitangan selain memulakan mekanisme menaikkan umur minima pekahwinan.

“Pada tahun 2019, semoga kita akan terus mencapai lebih banyak lagi, Insya-Allah. Semoga tahun 2019 memenuhi impian anda,” katanya. – BERNAMA

Kategori