Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala Cabaran: P.Pinang Akur...

BATU KAWAN - Johor Darul Ta’zim (JDT) II, berpesta gol selepas membenam Pulau...

Polis Tahan Guru Sekolah...

PARIT - Seorang guru sekolah menengah ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam...

Tambang Bas Ekspres Sempena...

KOTA KINABALU: Kadar tambang bas ekspres di Sabah menjelang musim perayaan Hari Raya...

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke...

1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke...

Jadikan Perpustakaan Sebagai Gedung Menuntut Ilmu

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu melihat anak Pahang menjadikan semua 74 perpustakaan di negeri ini sebagai gedung menuntut ilmu.

Baginda bertitah, sikap suka membaca bahan bacaan berkualiti dapat membina generasi masa hadapan Pahang yang berilmu, berhemah, berintegriti dan berpengetahuan yang berada di landasan terbaik.

Secara spontan, Tengku Abdullah menasihatkan anak-anak muda Pahang untuk tidak mencontohi perbuatan baginda yang menjadikan perpustakaan sebagai tempat beristirehat.

“Saya memang ada cerita tentang perpustakaan semasa saya belajar di England… saya banyak habiskan masa di perpustakaan untuk membuat homework dan kadang-kadang selepas bermain bola, saya perlukan tempat berehat.

“Jadi, antara kawasan yang sunyi dan nyaman adalah perpustakaan… kita niat nak buat homework juga, tapi sebab badan letih jadi tertidur di situ. Bukan hanya tertidur, tapi siap berdengkur sehingga dikejutkan oleh guru yang menyatakan di situ bukan tempat untuk tidur atau makan,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap merasmikan Bangunan Perpustakaan Awam Pahang sempena memuliakan Ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Jalan Kemunting di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan majlis juga dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan kerajan negeri.

Baginda dalam ucapannya juga berkenan untuk menamakan perpustakaan yang bernilai RM48 juta yang dibina di tanah seluas 1.6 hektar sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah, sebagai memuliakan Sultan Pahang yang mencintai ilmu dan buku.

Titah Tengku Abdullah, Sultan Ahmad Shah mempunyai koleksi buku yang sangat banyak dan menjadikan membaca sebagai amalan beristirehat pada masa lapang.


“…kalau saya pergi menghadap Sultan, untuk ke katil baginda pun saya kena berjalan di kiri dan kanan buku. Keliling katil baginda juga banyak buku dan baginda begitu bersungguh serta berminat dengan buku.

“Tuanku Sultan adalah seorang ulat buku dan sentiasa berusaha menambah koleksi peribadi baginda. Disebabkan itu, baginda sentiasa ada fakta menarik, ilmu pengetahuan dan sejarah yang ingin dikongsikan,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah, sikap gemar membaca juga membolehkan seseorang itu mempunyai rasa empati yang tinggi yang menjadi peribadi ayahanda baginda, sentiasa peka dengan susah senang dan permasalahan rakyat.

Baginda seterusnya bertitah mahu kerajaan negeri mencari penyelesaian kepada berita yang dibacanya bahawa terdapat 400 anak tahun satu di daerah ini yang tidak boleh membaca apabila memasuki tahun satu.

“Saya sudah menyuarakan rasa tidak puas hati tentang perkara ini dan mahu diperbetulkan kerana ini tidak mencerminkan kewajipan pihak berkuasa dalam menentukan setiap anak Pahang boleh sekurang-kurangnya membaca dan mengira untuk masa depan mereka,” titah baginda. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori