Jadi Viral, PM ‘Kacak’ Kanada Sertai Majlis Buka Puasa

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau bukan sahaja digelar ‘Perdana Menteri Paling Kacak di Dunia’ malah dipuji atas sikap toleransi dan keprihatinan beliau terhadap masyarakat berbilang agama di sana.

Video yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Trudeau pada Selasa lalu, kini menjadi viral dan setakat ini telah mendapat tontonan hampir enam juta kali.

3

Dalam video berdurasi 30 saat itu, Trudeau menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli parlimen beragama Islam.

“Saya berbesar hati meraikan majlis berbuka puasa bersama anggota kami yang beragama Islam pada malam pertama Ramadan,” tulisnya.

pm

Ini bukanlah pertama kali Trudeau, 45, meluangkan masa bersama kaum minoriti di negaranya.

Sebelum ini ketika masih belum bergelar perdana menteri, Trudeau pernah melawat sebuah masjid di Kanada dan beramah mesra dengan sekumpulan jemaah masjid dalam satu majlis solat terawih pada 2013. – MYNEWSHUB.CC

1

2