Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masih Tiada Berita Rakyat...

KATHMANDU - Tiada perkembangan atau maklumat terbaharu mengenai dua rakyat Malaysia yang dilapor...

Langgar Lori Tangki, Pemandu...

SEORANG pemandu bas ekspres maut manakala 10 penumpang cedera selepas bas itu melanggar...

Graduan UiTM Jadi Pilihan...

KUALA LUMPUR - Usaha Universiti Teknologi MARA (UiTM) sejak awal penubuhannya menekankan kepentingan...

Penyokong Perak Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR - Beberapa laman Facebook penyokong bola sepak Perak membuat permohonan maaf...

Jadah Apa UMNO Buat Video Libatkan Azmin?

APA jadah la duk tuduh UMNO dalang video gay Azmin dengan Haziq.

UMNO akaun semua dah kena beku. Kasserr yilek (duit takda) orang India cakap.

Tiap kali Pilihan Raya Kecil.. duit nak beli bendera parti pun cam kena catu….jadah mana nak ada duit bayar Haziq apa semua.

Haziq tu pegawai khas Timbalan Menteri dan Ketua Pemuda salah satu cabang PKR kot…. Dia bersama parti yang memerintah negara lagi.

Rapat dengan Anwar Ibrahim bakal PM… Ingat murah kalau nak bayar orang camtu?

Al Kisah psychology dia mudah aje. Bila dah tersepit, cuba salahkan orang lain.

Kononnya kalau dapat wujudkan persepsi yang UMNO dalang, maka boleh la spin atau belit cakap benda tu fitnah dan tidak berlaku serta bertujuan memburukan nama Azmin dan PH.

Cuma masalahnya video itu jelas dan yang paling tak boleh disangkal, pelakunya yakni Haziq pun dah mengaku.

Kalau ada bukti lebih kukuh maka bawak la ke depan…setakat menuduh berdasarkan andaian… Semata UMNO seturu politik… So UMNO la buat… Puiiii… Simple sangat lojik tu.

Sedangkan satu dunia tahu dalam PKR ada kem-kem yang berebut jawatan PM dan Azmin mengetuai kem yang paling kukuh.


Teori yang lebih masuk akal dengan penyebaran video itu ialah ada kem lain yang untung besar bila Azmin tumbang.

Fikir la sekejap, UMNO dapat apa kalau Azmin dijatuhkan?

Untuk UMNO, Azmin lagi diperlukan kekal dalam PKR dan PH waktu ini sebab dia kemungkinan besar akan digunakan Tun Dr. Mahathir untuk jatuhkan Anwar.

Pergaduhan besar dalam PH lebih menguntungkan pihak lain.

Buang apa UMNO nak buang duit berjuta-juta kenakan Azmin, yang silap hari akan bagi jawapan itu semua fitnah dan esok buat bodoh masuk ofis.

Sekali lagi la, melainkan mahacai ada bukti kukuh melibatkan UMNO, tunjukkan lah. Kalau tak, pergilah selesaikan masalah dalaman kauorang sendiri. Jangan ambik jalan mudah tuduh orang lain tak pasal-pasal. – Mynewshub.TV

Kategori