Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kajian Durex: Rakyat China...

LONDON – Kajian terbaharu firma penyelidik antarabangsa AlterNet dan pengeluar kondom terbesar dunia,...

Ramadan Buat Maya Matahari...

SEJAK Ramadan lalu, ramai selebriti wanita tanah air yang mengambil keberkatan bulan puasa...

Mahathir Tegur MP Tidak...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan...

Harga Rumah Taman Di...

BAHAU – Walaupun tidak jauh beza suasana di kampung lain dengan kawasan kampung...

Jabatan Kesihatan Perak Terima 48 Ambulans Baharu

BAGAN DATUK – Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengagihkan 48 unit ambulans baharu bernilai kira-kira RM24 juta kepada hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan di negeri ini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata setiap ambulans yang berspesifikasi tinggi itu bernilai anggaran kira-kira RM500,000 termasuk peralatan canggih prahospital itu mula diserahkan kepada jabatan terbabit secara berperingkat bermula Jun lepas.

Menurutnya, 28 unit ambulans diagihkan bagi kegunaan hospital-hospital di negeri ini, mengikut keperluan hospital itu sendiri, manakala baki 20 ambulans lagi diserahkan kepada klinik kesihatan terpilih.

“Tahun lepas, sebanyak 28 unit ambulans sahaja telah kita serahkan kepada hospital dan klinik kesihatan.

“Kita berharap dengan adanya pertambahan ambulans ini, perkhidmatan rawatan kecemasan kepada rakyat dapat ditingkatkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk di sini hari ini.

Sivanesan berkata bagi penyerahan ambulans baharu untuk kegunaan Klinik Kesihatan, daerah Hilir Perak paling banyak menerimanya iaitu sebanyak empat unit melibatkan Klinik Kesihatan Bagan Datuk, Klinik Kesihatan Sungai Sumun, Klinik Kesihatan Selekoh dan Klinik Kesihatan Chenderong Balai dekat sini.

Beliau turut berkata pertambahan ambulans baharu itu diharapkan dapat menggantikan ambulans yang uzur serta meningkatkan perkhidmatan ambulans di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.


Malah katanya, apa yang penting adalah perancangan untuk sentiasa menaik taraf kemudahan kesihatan rakyat di negara ini serta memastikan perkhidmatan kesihatan diberikan kepada rakyat lebih berkualiti.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata beliau berpuas hati dengan mutu perkhidmatan dan kemudahan di Klinik-Klinik Kesihatan dalam daerah Bagan Datuk setelah mengadakan lawatan hari ini.

“Saya lihat jumlah pesakit di Bagan Datuk ramai yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan. Ini kerana kawasan ini tiada klinik swasta dan pastinya mereka lebih memilih perkhidmatan di sini.

“Jadi ramai kakitangan di sini dan mereka sangat penting untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Jadi segala masalah berbangkit di sini kita akan berikan keutamaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori