Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TRW The Movie Di...

KUALA LUMPUR - Filem The Red Warriors (TRW) The Movie dijangka menemui penonton...

Pastikan Kelancaran Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung...

Ben Affleck Dipilih Favorite...

ATAS keprihatinan membantu insan memerlukan, Ben Affleck dipilih memenangi anugerah khas Favorite Humanitarian pada majlis People's...

Maut Ketika Tonton The...

SEORANG lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menonton...

“Izreen Tak Pernah Campur Urusan Saya, Intan” – Ude

PEMUZIK Gegar Vaganza 4 (GV4), Muhammad Radzi Abdul Wahid memohon agar orang ramai berhenti menyalahkan ataupun mengaitkan pelakon, Izreen Azminda dalam proses perceraian dengan isteri pertama.

Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan isteri pertama iaitu Intan Liyana Saleh tidak ada kaitan sama sekali dengan aktres berkenaan.

“Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik. Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liyana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liyana,” kata Ude dipetik Harian Metro.

Tambah Ude, sebagai seorang suami dan juga bapa dia seharusnya bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa-apa yang berlaku.

Pelakon, Izreen Azminda.

Sehubungan itu, Ude berharap agar orang keliling dapat memberi ruang kepada mereka sekaligus meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas.


“Seperti sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liyana dan dua anak tidak akan saya abaikan,” ujar pemuzik berusia 29 tahun itu.

Memetik sumber difahamkan, Ude dijangka melafazkan talak terhadap Intan pada 22 Mac depan selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding pada Rabu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori