Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nidzam Pangku Jawatan Ketua...

ALOR SETAR – Penolong jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof hari ini dilantik...

Fitnah Terbesar PKR! –...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang meneruskan fitnah ke atas Perdana Menteri dengan mendakwa...

Johor & Malaysia Bukan...

KUALA LUMPUR - Malaysia berterima kasih kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar...

“Jangan Ingat Semua Susu...

SUSU ibu merupakan sumber makanan terbaik buat perkembangan anak kecil, lebih-lebih lagi kepada...

Izreen, Suami Hilang Daripada ‘Radar’ Instagram

NAMPAKNYA kontroversi hangat yang melanda aktres jelita, Izreen Azminda dan suaminya iaitu Ude terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Ia mendapat perhatian luas susulan tindakan Ude yang juga merupakan seorang pemuzik bebas, dilaporkan membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liyana Saleh.

Namun selepas tiga hari diasak dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat berikutan kontroversi tersebut, Izreen dikatakan tiba-tiba bertindak menutup akaun Instagram miliknya.

Malah memetik sumber, keadaan lebih mengejutkan apabila tindakan itu turut sama diikuti oleh Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Hal itu secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan rata-rata beranggapan pasangan itu tertekan berikutan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Bagaimanapun, tindakan dramatik itu ternyata tidak mampu untuk menghentikan netizen daripada terus mengecam pasangan berkenaan.

Memetik sumber, netizen yang masih tidak berpuas hati dengan pasangan itu bertindak ‘menyerang’ akaun Instagram Zatee Hijab pula yang mana dikatakan mengambil Izreen sebagai duta produk.


Kesan daripada itu, difahamkan pihak Zeeta Hijab terpaksa pula menutup ruangan komen menerusi laman Instagram rasmi mereka.

Kemarahan yang telah membuak-buak itu juga telah mengakibatkan segelintir netizen bertindak mengugut untuk memboikot segala produk mahupun drama yang mengambil aktres wanita berkenaan.

Pada Rabu, Ude dan Intan hadir di sebuah mahkamah bagi urusan lafaz cerai selepas Ude memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Difahamkan, Ude dijangka melafazkan talak terhadap Intan pada 22 Mac depan selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori