Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari Pekerja Terjatuh...

BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pekerja penyelenggara yang dikhuatiri...

KER1M Aktifkan Akaun Media...

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh berinteraksi dengan Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1...

“Kahwin Dua Bukan Dosa”...

SETELAH hampir seminggu membisu selepas berita perkahwinan keduanya bersama seorang janda terbongkar, pelakon...

Penubuhan IPCMC Dibentuk Hujung...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang baru-baru ini...

Itu Surat Penjelasan Kepada KPM – KP Imigresen

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali hari ini menjelaskan surat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berhubung keperluan pasport dan dokumen perjalanan bagi kanak-kanak warga asing untuk berada di Malaysia.

Beliau berkata surat penjelasan bertarikh 28 Dis itu adalah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dan bukannya surat pekeliling.

“Surat bertarikh 28 Disember ini bukan surat pekeliling tetapi ia adalah surat balasan kepada KPM berhubung pertanyaannya sebelum ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, portal berita melaporkan beberapa kanak-kanak tanpa warganegara di Pulau Pinang dilarang memasuki persekolahan berikutan ‘surat pekeliling’ yang dikeluarkan JIM.

Mustafar berkata pada 28 November lepas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM telah menghantar surat untuk mendapatkan penjelasan sama ada kanak-kanak yang dilahirkan di dalam dan luar negara memerlukan pasport atau dokumen perjalanan sah untuk belajar di sekolah di bawah KPM.

Pada 28 Disember lepas, katanya JIM membalas surat tersebut dengan memberi penjelasan bahawa kanak-kanak asing yang lahir di dalam atau di luar Malaysia memerlukan pasport yang sah mengikut negara masing-masing bagi membolehkan satu pas dikeluarkan untuk tujuan berada dan tinggal dalam Malaysia.


Dalam surat itu, JIM juga menjelaskan bahawa hanya kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia tidak memerlukan pasport untuk berada di Malaysia, katanya.

Mustafar berkata surat tersebut juga memaklumkan bahawa kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara tetapi telah memohon taraf warganegara tetap memerlukan pasport mengikut negara masing-masing sehinggalah mendapat taraf warganegara Malaysia.

Beliau turut menjelaskan bahawa kemasukan kanak-kanak warga asing di sekolah bantuan kerajaan adalah terletak di bawah bidang kuasa KPM dan bukannya JIM. – BERNAMA

Kategori